Find Us

Wednesday, June 15, 2011

FAKTA









....
KENALI SEJARAH IMAM-IMAM MASJID AL-HARAM
...
....

1. SHEIKH DR. ABDUL RAHMAN BIN ABDUL AZIZ AL-SUDAIS
...
Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad Al-Sudais. merupakan imam dan juga khatib di MasjidilHaram. dilahirkan pada tahun 1382H di Riyad, Arab Saudi. beliau membesar dan menuntut ilmu sejak dari kecil di Arab Saudi. beliau telah menghafal al-Quran dibawah seliaan beberapa orang Masyayikh yang besar diantaranya adalah al-Sheikh Muhammad Ali Hassan.
...
Selepas beliau menamatkan pengajian sekolah rendah, beliau terus memasuki Al-Ma'had al-Ilmi di bawah naungan Universiti Imam Muhammad bin Saud, Riyad. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Imam Muhammad bin Saud dan telah banyak berguru dengan tokoh-tokoh terkemuka disana. sewaktu beliau menuntut disana, beliau juga adalah diantara pelajar yang amat rajin mengikuti halakah-halakah pengajian ilmiyah dan juga rajin bertalaqi di masjid-masjid sekitar Riyad.
...
Diantara guru-guru beliau adalah bekas Mufti kerajaan Arab Saudi, Sheikh Abdul Azizi bin Bazz, Sheikh Abdul Razzaq Afifi, Sheikh Salih Fauzan. Beliau dilamar menjadi imam masjid haram adalah setelah didengar bacaannya ketika mengimamkan solat di Universiti. Beliau akhirnya berhijrah ke Mekkah dengan memegang jawatan tersebut dan diiringi dengan kejayaannya memiliki ijazah lanjutan ( master ) dan ijazah kedoktoran ( PhD ) di Universiti Umm al-Qura Makkah al-Mukarammah. Beliau juga adalah salah seorang profesor di universiti tersebut.
....
Dr. Abdul Rahman terlibat dalam banyak aktiviti ilmiah sama ada diperingkat nasional dan antarabangsa. Beliau juga telah menghasilkan beberapa karya ilmiah diantaranya ialah Diwan Khutab, al-Ta'liq al-Ma'mul 'ala thalat al-Usul dan karya berbentuk tahkik sebahagian daripada kitab al-Wadih karya Ibn Aqil.
... ....
2. SHEIKH DR. SU'UD AL-SYURAIM

..

Nama penuh beliau adalah Su'ud bin Ibrahim bin Muhammad al-Syuraim. Beliau merupakan imam dan khatib MasjidilHaram. dilahirkan pada tahun 1387H di Riyaddan beliau juga dibesarkan di sana. Mula menuntut ilmu sejak dari kecil dan berjaya menghafal al-Quran dengan mengikut program tahfiz al-Quran di masjid. Kemudian beliau menyambung pengajian rendah dan menengah di Riyad. Selepas itu, beliau terus menyambung pengajiannya diperingkat ijazah di Universiti Imam Muhammad bin Saud di Riyad di kuliah dakwah dan usulluddin.
...
Beliau juga melanjutkan pengajian setelah tamatnya ijazah sarjana muda di al-Ma'had al-Ali li Al-Qadha' di Universitiyang sama sehingga berjaya memperolehiijazah lanjutan peringkat sarjana pada tahun 1413H. Semasa beliau menuntut diperingkat universiti, beliau banyak menuntut ilmu secara talaqqi daripada beberapa orang masyayikh yang terkemuka samaada di masjid mahupun di rumah. Dan diantara sheikh beliau adalah Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, Sheikh Abdullah bin Jibrin, Sheikh Abdullah bin Uqail, dan Sheikh Abdul Aziz al-Rajhi.
...
Sewaktu beliau dilantik menjadi imam dan khatib di MasjidilHaram. beliau juga berjaya memperolehi ijizah kedoktoran ( PhD ) daripada Universiti Umm al-Qura Makkah Mukarammah dan beliau juga adalah diantara tenaga pengajar di Universiti tersebut di kuliah Syariah.
....
Diantara karya beliau yang telah dihasilkan adalah al-Minhaj li al-Mu'tamir wa a;-Haj, Khalis al-Juman Tahzib al-Manasik min Adwa' al-Bayan dan Syarh al-Hiyyah fi al-Aqidah li Ibn Abi Daud dan beberapa manzumat ( nukilan syair ilmiah ) dan matan-matan ilmiah. Dan beliau juga telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Makkah Mukarammah, akan tetapi beliau meletakkan jawatan atas kehendak sendiri daripada jawatan tersebut.
. .
sumber - SOLUSI -
..

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

15 Jun 2011 ( 7.20 P )

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More