Find Us

Sunday, September 18, 2011

Ciri-ciri ajaran bumi



1.2 DEFINISI AJARAN SESAT


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam dan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah sedangkan pada hakikatnya amalan tersebut jauh terpesong atau bertentangan daripada dua rujukan utama Islam tersebut.
Dan diantara ciri-ciri ajaran sesat yang sebahagian besarnya diamalkan dalam kebanyakkan ajaran-ajaran sesat;

1) Mengaku dan mendakwa gurunya atau dirinya sebagai Rasul, nabi atau mendapat wahyu daripada Allah Ta’ala;

2) Mempercayai dan meyakini adanya Nabi-nabi selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w;

3) Mempercayai dan mengimani wahyu masih diturunkan selepas wafatnya Rasulullah s.a.w;

4) Mengaku gurunya atau dirinya sebagai Imam Al-Mahdi atau jelmaan Imam Al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai insan yang istimewa seperti Imam Al-Mahadi dan sebagainya;

5) Mempercayai roh orang yang telah mati akan dapat menjelma semua di dalam jasad orang yang mlasih hidup;

6) Mendakwa pengikut-pengikut ajaran atau tarikatnya sahaja yang dijamin masuk ke dalam syurga;

7) Mendakwa gurunya atau dirinya memegang kunci syurga;

8) Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus setiap dosa-dosa dengan wang ringgit;

9) Mendakwa bahawa semua agama adalah sama;

10) Mempercayai orang yang telah mati dapat memberi pertolongan apabila diseru namanya dan selainnya ;

11) Menjadikan sesuatu benda sebagai perantaraannya dengan Allah Ta’ala seperti perantaraan kubur para nabi dan para wali, menggunakan cincin dan sebagainya ;

12) Melakukan upacara-upacara yang pelik seperti penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang saleh ;

13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya ;

14) Mendakwa atau mengaku bahawa dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya ;

15) Mengaku mendapat wahyu atau ilham agama dari mimpi-mimpi yang didakwa berjumpa dengan Rasulullah s.a.w secara sedar ;

16) Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti solat, puasa, haji dengan membuat syariat baru yang sesuai dengan keadaan sekarang;

17) Meninggalkan solat secara jemaah kerana mengamalkan kaedah suluk;

18) Mendakwa bahawa ibadah haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan ditempat-tempat yang lain; dan

19) Mengubah dengan sengaja atau mengubah disebabkan ilmunya yang cetek dan mendakwa ia adalah tafsiran yang paling tepat dari tafsiran yang sedia ada.

1.3 KRITERIA-KRITERIA AJARAN SESAT.

Menurut keputusan yang telah dikeluarkan oleh MABIMS , kriteria-kriteria yang tersebut boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menetapkan hukum sesuatu ajaran itu sebagai ajaran sesat atau sebaliknya;

1. Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah dengan kefahaman yang bertantangan dan tidak sama sepertima kefahaman yang dibawa oleh golongan salaf iaitu kefahaman mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, contohnya ia mendakwa dan mempercayai adanya kiblat selain Kaabah dan adanya kitab selain Al-Quran yang lebih baik;

2. Mempertikaikan kebenaran Al-Quran atau Hadith;

3. Mana-mana ketua kumpulan atau persendirian yang mendakwa dirinya sebagai nabi selepasa Rasulullah s.a.w, atau Nabi Isa Alaihissalam, Imam Al-Mahadi atau selainnya;

4. Mendakwa dan mempercayai bahawa terdapat agama lain yang lebih mulia dan lebih patut diikuti atau dianuti selain agama Islam; dan

5. Mengada-ngadakan perbuatan bidaah atau pendapat baru yang bertentangann dengan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti membatalkan kewajipan berjihad, solat jumaat, berpuasa di bulan Ramadhan dan selainnya.
1.4 CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Ajaran sesat yang terdapat di Malaysia mempunyai tiga ciri-ciri berlainan yang dimiliki oleh setiap dari mereka;

I. Bentuk Ajaran Baru;
Bentuk-bentuk ajaran ini biasanya menggunakan nama yang berbagai-bagai seperti ajaran Crypto, ajaran Ilmu Hakikat oleh jahar @ Jara b. Dumin.

II. Bentuk tarikat;
Ajaran yang berbentuk tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama tarikat yang termasyhur. Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan ajaran asal atau mengubahsuainya. Ada juga tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah, Tarikat Khalid dan lain-lain.

III. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang bomoh atau pembawa ilmu tertentu sama ada melalui menurun dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalannya kepada kesesatan.


اللهم نسألك رضاك والجنة

Wallahu Ta’ala A’lam.


http://www.minitramways.blogspot.com/
Bangi, Selangor.
18 September 2011 ( 06.46 AM )

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More