Find Us

Sunday, November 27, 2011

cara melindungi diri daripada kejahatan sihir 1

Assalamualaikum wrtb,

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله، نحمد هو نستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من سرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.


Sekadar satu perkongsian daripada bacaan saya berkenaan perubatan terhadap sihir mengikut Al-Quran dan al-Sunnah sepertimana yang telah diajar dan ditunjukkan dalam agama Islam. Tidak dapat kita nafikan bahawa sihir itu adalah satu perkara yang benar-benar wujud, dan ia dapat memberi mudharat kepada sesiapa sahaja yang ingin disakiti atau kepada sesiapa sahaja dengan tujuan dan niat yang jahat.


Sihir adalah satu perbuatan jahat yang diakui oleh agama Islam dan thabit perkara tersebut daripada al-Quran dan Al-Sunnah. Sihir bukannya satu perkara baru yang hanya berlaku pada zaman sekarang, tetapi ia sudah digunakan berkurun lamanya sejak para nabi dan sebelumnya lagi sepertimana kisah yang thabit daripada nas tentang ahli sihir yang menentang nabi Musa alaihissalam. Majoriti para ulama' Salaf berpendapat bahawa kelakuan sihir adalah termasuk dalam perkara syirik dan ianya dilaknat oleh Allah Ta'ala dan Rasulnya. sepertimana firman Allah Ta'ala :

إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء، ومن يشرك بالله فقد افترى إثما عظيما (48). سورة النساء

Maksudnya; " Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang syirik kepadanya, akan tetapi Allah ta'ala mengampunkan dosa-dosa selain daripadanya dengan kehendakNya, Barang sesiapa yang melakukan perbuatan syirik kapada Allah sesungguhnya ia telah melakukan satu dosa yang besar ".

DALIL - DALIL TENTANG PENGHARAMANNYA

Al-Quran;

ما كفر سليمان ولكن الشياطين كفروا يعلمون الناس للسحر (102). سورة البقرة

Maksudnya; " Sulaiman itu tidaklah kafir, Akan tetapi syaitan itulah yang sebenarnya kafir, yangmana mereka mengajarkan sihir kepada manusia ".

Al-Hadith;

وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " اجتنبوا السبع الموبقات " قالو : يا رسول الله وما هن ؟ قال : " الشرك بالله، والسحر، وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق، وأكل الربا، وأكل مال اليتيم، والتولي يوم الزحف، وقذف المحصنات المؤمنات الغافلات ". متفق عليه

Maksudnya; " Daripada Abi Hurairah R.A, Daripada Nabi S.A.W bersabda; " Jauhilah 7 perkara dosa besar ( perkara yang memusnahkan ) " : dan mereka berkata; Wahai Rasullullah S.A.W, apakah ia ( 7 perkara tersebut )? . Sabda Rasulullah S.A.W; " Syirik kepada Allah, Sihir, Membunuh manusia yang Allah telah haramkan keatasnya untuk dibunuh melainkan dengan sebab yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, berpaling daripada medan peperangan, dan menuduh perempuan yang baik dan mukmin itu berzina ".


من اصطبح بسبع تمرات عجوة لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر

Maksudnya; " Barangsiapa makan 7 biji kurma ajwah di pagi hari maka pada hari itu tidak ada yang dapat memudaratkannya baik racun mahupun sihir ". ( Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ).


LANGKAH-LANGKAH MELINDUNG DIRI DARIPADA SIHIR

Adalah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kita mendengar dan mengamalkan satu kaedah yang sebati dalam kehidupan iaitu " mencegah itu adalah lebih baik daripada merawati ", Justeru, apa yang ingin dikatakan di sini adalah kita seharusnya membentengi diri dengan doa-doa dan zikir-zikir yang telah disyariatkan agar dapat menghalang diri kita ini daripada terkena keburukkan dan kejahatan sihir tersebut. Diantara zikir dan doa yang thabit dari nas adalah;


1. Bismillaahilladzi...

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم


Maksudnya; " Dengan nama Allah. yang tidak akan memudaratkan sesuatupun dengan keagungan namanya di langit mahupun di bumi, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat ". ( Hadith riwayat al-Tirmidzi, Abu Daud, dan Ibnu Majjah. Lihat Sahih Ibnu Majjah ).

2. Membaca ayat kursi setiap selesai solat fardhu, setiap kali hendak tidur, dan setiap pagi dan petang. ( Hadith riwayat al-Hakim, Disahihdan dan disepakati oleh al-Adzhabi ).

3. Membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas 3 kali di waktu pagi dan petang, juga ketika hendak tidur.

4. Laa ilaaha illallaah...

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Maksudnya; " Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan tiada sekutu baginya. Dialah yang memiliki kerajaan, Dialah juga memiliki pujian, dan Maha berkuasa atas segala sesuatu ". 100x ( Hadith riwayat al-Bukhari ).


5. Membaca zikir-zikir yang thabit dengan nas sahih sepertimana disebut dalam kitab Hisnu al-Muslim karangan Said bin Ali bin Wahf al-Qahthan.

6. Makan 7 biji kurma setiap pagi, sepertimana hadith sahih, sabda Rasulullah s.a.w;


من اصطبح بسبع تمرات عجوة لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر

Maksudnya; " Barangsiapa makan 7 biji kurma ajwah di pagi hari maka pada hari itu tidak ada yang dapat memudaratkannya baik racun mahupun sihir ". ( Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ).

7. Berdoa meminta perlindungan Allah Ta'ala daripada sebarang kejahatan makhluk di bumi mahupun di langit.

8. Memperbanyakkan ibadat yang bertepatan dengan sunnah dan melakukan perkara-perkara sunat.

9. Melakukan amalan lain yang tidak bercanggah dengan syarak malah bertepatan dangan nas al-Quran dan al-Sunnah.


Justeru itu, apa yang dapat disimpulkan di sini, bahawa diri kita sendiri berkemampuan untuk melindungi diri daripada terkena sebarang keburukkan dan kejahatan hasil daripada sihir dengan mengamalkan amalan-amalan yang telah diperkatakan di atas. Maka lebih baik kita mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan berhati-hati sebelum ianya terlambat, kerana apa yang akan berlaku pada hari ni, mahupun esok bukanlah dalam pengatahuan kita.

Malah kita juga tidak dapat membaca hati-hati manusia yang selalu dengki dengan apa yang ada pada diri kita dan selalu menginginkan keburukkan menimpa ke atas kita. Bahkan itu juga adalah diantara peranan Syaitan yang dilaknat, iaitu sentiasa menghasut, melagakan dan mengajak manusia kepada melakukan perkara syirik.

Sambung.... CARA PERUBATAN TERHADAP SIHIR YANG TELAH TERJADI.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More