Find Us

Monday, November 23, 2009

Tahniah






Assalamualaikum.

...........................................

Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara yang memenangi pilihanraya bagi jawatan timbalan setiusaha 1, dan selamat menjalankan tugas dengan baik. Bagi yang tidak terpilih, janganlah menjadikan ini sebagai satu penghalang untuk kita melupakan atau sebab untuk kita berdiam diri dalam menjalan tugas mahupun dalam memberi sokongan dan sumbangan kepada persatuan.

...............................................................

Mungkin bagi yang berjaya, ini satu kejayaan yang dicapai buat masa ini, dan bukannya penentu bagi kejayaan anda pada masa hadapan melainkan baginya amanah dan kesaksamaan. Bagi yang kurang berjaya, ingatlah sesugguhnya anda telah terselamat dari satu bebanan atau tanggungan yang perlu anda pikul dan ia akan disoal baginya di Akhirat kelak. Dikhuatiri bebanan inilah yang menyebabkan anda ke neraka. nauzubillah min zalik.

.......................................................

Firman Allah Taala ( maksudnya ):.......

" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dikalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu ". ( Surah An-Nisa' : 58 ).

..........................................................

Tertarik saya apabila membaca kisah khalifah Harun Al-Rasyid dalam kitab Sifat Al-Safwah karya ibn Al-Jauzi. Ketika Khalifah Harun Al-Rasyid menaiki bukit Sofa', lalu berkata seorang ulama' bernama 'Abd Allah bin 'Abd Al-Aziz Al-'Umari kepadanya : " lihat kearah ka'abah ", jawab Harun Al-Rasyid : " Aku sedang lihat ", kata beliau lagi : " berapa jumlah mereka?. ", jawab Harun Al-Rasyid : " siapa yang mampu membilangnya ". Kata beliau pula : " Berapa jumlah manusia seperti mereka ?. ", jawab Harun Al-Rasyid : " hanya Allah yang mampu menghitungnya ", kata Al-'Umari : " ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti ".

......................................................................

Sabda Rasulullah s.a.w :..............

" Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga ". ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

...............................................................................

Hal ini menunjukkan, betapa beratnya sesuatu jawatan itu apabila seseorang menerimanya dengan ia memandang sebagai amanah bukannya sebaga jawatan. Bagi sesiapa yang memandang itu sebagai jawatan, untuk menonjolkan dirinya mahupun memiliki sesuatu yang tidak dapat dimiliki oleh orang lain, makan jadilah jawatan itu sebagai satu yang dicari-cari dan dinanti-nanti sehingga pening jika dia tidak mendapatkan jawatan itu.

...........................................................

Sabda Rasulullah s.a.w :........................

" Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh ( menunaikan amanah ) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka ". ( Hadith riwayat Muslim ).

.........................................

Justeru itu, sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah satu amanah dan beban, akan terasa berat bebanan itu dan padanya penyesalan atas sesiapa yang menikulnya, melainkan baginya keadilan, kesaksamaan dan ketaqwaan dalam menjalankan amanahnya apabila tibanya waktu perhitungan. Renunglah kata-kata khalifah Abu Bakr Al-Siddiq apabila dilantik sebagai khalifah : " wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dikalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah disisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak ( menghalang apa yang bukan haknya ), insyallah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tiada kamu yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasulnya. Jika aku derhakan Allah dan Rasulnya, maka tiada ketaatan untukku ". ( Al-Kamil fi Al-Tarikh, J1, m/s : 361 ).

...............................................

Wallahhu Ta'ala a'lam.

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.................................................

minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

23 NOVEMBER 2009 ( 04.07 a.m )

BuKaNNya MuDaH DaLaM mEnILaI kEiKhLaSaN


Assalamualaikum wrbt...

..............................................

Apabila kita memperkatanan berkenaan sifat keikhlasan, di mana ia adalah satu kelakuan yang amat bergantung atas diri seseorang tanpa ia boleh dinilai oleh sesiapa pun melainkan Allah Ta'ala samaada ia ikhlas mahupun tidak semasa ia melakukannya. Namun, ikhlas pada hakikatnya sesuatu yang ringan di lidah untuk diperkatakan, akan tetapi amat berat dalam penghayatannya. Ramai mana yang mendakwa dirinya ikhlas, akan tetapi belum tentu ia ikhlas sebenar-benarnya.

................................................

Firman Allah Ta'ala ( maksudnya ) :

" Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta membayar zakat, dan demikian itulah agama yang benar ".( Surah Al-Bayyinah : 5 ).

.................................................

keikhlasan seseorang itu, amat sukar untuk diukur dan sukar juga untuk ia dinilai diatas perbuatan seseorang semasa ia melaksanakannya. Akan tetapi, ia mungkin dapat dilihat akan keikhlasannya ataupun kejujurannya selepas selesainya sesuatu perkerjaan yang ia lakukan. walaubagaimanapun, keikhlasan itu perlulah bersama-samanya ketepatan dengan berlandaskan Al-Quran mahupun As-Sunnah. Ini kerana, tiada nilainya keikhlasan seseorang itu dengan apa yang ia telah lakukan, melainkan perbuatannya bertepatan dengan Al-Quran mahupun As-Sunnah.

...............................................

Kata seorang sufi, Fudhail bin I'yad : " sesungguhnya keikhlasan itu perlulah bersamanya ketepatan ( ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah ), jika sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas tanpa baginya ketepatanan ( Al-Quran dan As-Sunnah ) maka ianya tidak diterima, samalah seperti satu perbuatan itu bertepatan dengannya akan tetapi tanpa padanya keikhlasan, maka iapun tidaklah diterima, sehinggalah keikhlasan itu ada bersamanya ketepatan dengan Al-quran Mahupun As-Sunnah ". ( I'lam Al-Mauqi'in )

....................................................

Perkara ini, samalah seperti seorang yang selalu mendakwa dirinya berdakwah untuk agama, berjuang untuk agama, berkerja untuk agama, dengan parti berlebalkan agama, dan mungkin juga tujuan dan niatnya yang ikhlas untuk agama. Akan tetapi pada masa yang sama, sewaktu ia berceramah ataupun berucap dimerata-rata tempat, tidak terlepas bagi lidahnya untuk membuka aib dengan memperkatakan keburukan pihak lawan tanpa adanya keperluan baginya, kemungkinan ia hanya bertujuan meraih sokongan untuk dirinya.

..........................................................

Sabda Rasulullah s.a.w ;

" Nabi s.a.w apabila ditanya : seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar ia dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah diantara mereka yang berada dijalan Allah ? Sabda Rasulullah : sesiapa berpereng untuk meninggikan kalimah Allah ( tertinggi ), maka ia berada dijalan Allah ". ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

...................................................

Hal keikhlasan ini, bukannya satu perkara yang baru diperkatakan. Bahkan ia sudah diperbahaskan semenjak zaman Rasulullah s.a.w berkenaan dangannya. Akan tetapi, ia perlu di atas jalan istiqamah dalam melakukannya.

...................................................

Sabda Rasulullah dari sufyan bin abdillah r.a :

" Bertanya sufyan r.a : wahai Rasulullah, beritahuku dalam islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa melainkan engkau, Sabda Rasulullah s.a.w :" Katakan : aku beriman dengan Allah, kemudian engkau beristiqamah ". ( Hadith riwayat Muslim )

......................................................................

Kata Saidina Umar bin Al-Khattab : " isitqammah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-rubah seperti musang ". ( Tahzib Madarij Al-Salikin, J 2, m/s : 528 ).

......................................................

Demikian insan, perlulah beristiqamah dalam pendiriannya mahupun perbuatannya agar ia tidak disalah ertikan. Birapun apa halangan yang menimpa, mahupun ranjau yang mendatang, ia perlu meneguhkan istiqamahnya daripada ia goyah dengan berlandaskan keikhlasan hanya kerana Allah Ta'ala.

.................................................

Kata Ibrahim bin Adham : " Keikhlasan itu ialah ia benar-benar niat kerana Allah Ta'ala ". Berkata Abu Uthman : " keikhlasan itu adalah melupakan ia pada pandangan insan dengan hanya memandang kepada pencipta ". ( Ihya Ulum Al-Din, J 4, m/s : 3170 ).

Berkata Al-Imam Ibn Qayyim : " Sesungguhnya seorang hamba, jika ia mengikhlaskan niatnya kerana Allah Ta'ala, ikhlasnya pada tujuannya, kemahuannya dan perbuatannya, hanya kerana Allah. maka sesungguhnya Allah bersamanya ". ( Jami' Al-Fiqhi, J 1, m/s : 62 ).

.............................................................

Nas-nas diatas, jelas menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan dan ketepatan dengan Al-Quran dan As- Sunnah dalam perbuatan yang kita lakukan, kerana ia adalah diantara perkara yang dipertimbangkan dalam penerimaan amalan yang dilakukan, samaada ia dikira pahala mahupun dosa disisi Allah Ta'ala.

...............................

Wallahhu Ta'ala a'lam.

....................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .
............

...............................................

P/s : mohon kemaafan atas keterlewatan mengeluarkan artikal berkenanan ikhlas ini kepada saudara yang meminta.

: penambahan telah dilakukan atas pertolongan dan cadangan Al-fadhil ustaz Ahmad Irdha bin mokhtar.

minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

23 NOVEMBER 2009 ( 03.45 a.m )

AiB HaNya DaRuRat



......................................

Assalamualaikum wrbt.

...................................

Apabila membicarakan tentang sesuatu perkara baik secara peribadi mahupun berkumpulan, perlulah ada pada seseorang itu satu garis panduan dalam membahaskan akan sesuatu isu, agar ia tidak melanggar apa yang dikatakan sebagai batasan dalam syariat Allah Ta'ala. Apa yang dimaksudkan ini, adalah berkenaan kesalahan membuka atau menyentuh aib seseorang itu secara terbuka mahupun tertutup, tanpa ada baginya keperluan ia untuk diketahui dan dihebahkan kepada khalayak ramai.

.........................

Sabda Rasulullah s.a.w ;

" Rasulullah bertanya kepada sahabat : tahukan kamu apa yang dimaksudkan akan ghibah ? Mereka menjawab : Allah dan rasulnya lebih mengatahui. Maka sabda Rasulullah s.a.w : iaitu kamu membicarakan tentang saudara kamu berkenaan apa yang tidak ia sukai. kemudian mereka berkata : Bagaimana dengan apa yang diperkatakan itu ada pada dirinya . sabda Rasulullah s.a.w : jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan, maka bererti kamu mengumpatinya, dan jika apa yang kamu katakan itu tidak terdapat pada dirinya, maka bererti kamu telah menuduhnya ". ( Hadith riwayat Muslim )

.............................................

Apa yang diperkatakan disini, bukanlah bertujuan untuk membela mana-mana pihak tertentu, baik pihak A mahupun pihak B. Akan tetapi, ianya dikira sebagai satu tanggungjawab bagi setiap muslim untuk memperbetulkan sesuatu perkara, yang dilihat padanya mempunyai kesalahan yang mana perlu diperbetulkan bagi kebaikan semua.

...............................

Firman Allah Ta'ala ( maksudnya ) ;

" Dan hendaklah ada dikalangan kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh akan perbuatan yang baik, dan mencegah akan kemungkaran ( maksiat ), dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang beruntung " . ( Surah Al-Imran : 104 )

............................

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi said Al-Khudri ;

" Sesiapa dikalangan kamu melihat akan kemungkaran, maka hendak diubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu ( diubah ) dengan perkataan, jika tidak mampu ( diubah ) dengan hatinya ( membenci akan perkara tersebut ), sesungguhnya ia selemah-lemah iman ". ( Hadith riwayat Muslim )

....................................

Kata Al-Imam Al-Nawawi : " Perkataan nabi s.a.w " hendaklah ia mengubahnya " adalah perintah wajib secara sepakat umat islam. Mewajibkan Al-Amr bi Al-Ma'ruf dan Al-Nahy an Al-Mungkar ini bertepatan dangan Al-Quran dan As-Sunnah dan ijma' ". ( Syarah Sohih Muslim, J 1, m/s : 217 ).

..............................................................

Berkata As-Syeikah Al-Imam Ibn Taimiyyah : " Oleh kerana ini menjadi setiap batasan amalan soleh, maka menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah akan kemungkaran itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh ". ( Majmu' Al-Fatawa, J 14, m/s : 344 ).

........................................

Hal ini menerangkan, berkenaan kewajiban insan dalam menyeru akan kebaikan dan menegah akan kemungkaran. Perkara ini juga, termasuklah apa yang diperkatakkan disini, berkenaan kesalahan membuka aib seseorang tanpa nas mahupun dalil syara' yang membenarkannya untuk diperkatakan dalam sesuatu perbualan, penulisan mahupun perbahasan yang dilakukan. Pada masa yang sama, dalam kita memperbetulkan perkara ini perlulah ia diperlakukan dengan keadilan dan kesaksamaan tanpa cenderung kepada mana-mana pihak ataupun kaum kerabat.

......................................

Firman Allah Ta'ala ( maksudnya ) ;

" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan " . ( Surah Al-Maidah : 8 )

.................................

Dan janganlah pula kebencian kepada sesuatu pihak menyebabkan ia tidak berlaku adil dan berpihak kepada satu puak mahupun golongan yang dipersetujui.

................................

Firman Allah Ta'ala * maksudnya ) ;

" wahai orang-orang beriman ! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang ( yang didakwa ) itu kaya atau miskin ( maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( daripada menjadi saksi ), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengatahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan ". ( Surah Al-Nisa : 135 )

....................................

Aib adalah sesuatu kecacatan, percakapan mahupun perbuatan yang mampu menjatuhkan maruah individu apabila ia dipertontonkan dikhalayak ramai, dan perkara itu dipandang serong apabila ia disebut mahupun dibicarakan berkenaannya. Di dalam islam, menjadi satu kesalahan apabila memperkatakankan akan keaiban seseorang tanpa baginya sesuatu kepentingan untuk ia diperhebahkan. Malah di dalam nas-nas Al-Quran, banyak memperkatakan berkenaan larangan bagi manusia membuka aib seseorang itu tanpa sebarang keperluan.

.............................

Firman Allah Ta'ala ( maksudnya) ;

" Wahai orang-orang beriman ! jauhilah kebanyakkan dari sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang )kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dikalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? maka sedah tentu kamu jijik akannya. ( Oleh itu, patuhila akan larangan-larangan tersebut ) dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani " . ( Surah Al-Hujurat : 12 )

....................................

Para ulama' dalam mentafsirkan ayat tersebut berkenaan " tajassus " , mereka amat terliti dalam memberikan atau mengeluarkan pandangan berkenaan maksud ayat tersebut. kata Al-Imam Al-qurtubi dalam mentafsirkan ayat ( janganlah kamu mengintip ) : " Janganlah kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu janganlah kamu mencari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah Allah menutupnya ". ( Al-Jami' li Ahkam Al-Quran, J 16, m/s : 333 ) .

........................................

Berkata Ibn Abbas : " Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain " . Kata Mujahid : " Ambillah apa yang nyata, dan tinggallah apa yang Allah tutupi". berkata Al-Qatadah : " tahukah kamu apa itu tajassus ? iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya" . Kata Ibn Zaid : " tajassus itu kamu berkata : Sehingga aku dapat lihat keasalah itu, aku bertanya mengenainya untuk mengatahui adakah ianya benar ataupun tidak ". ( Al-Tafsir Al-Tabari dan Al-Tahzib, m/s : 7 dan 41 ).

..................................................

As-syeikah Dr. Wahbah Zuhaili berkata : " janganlah kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslim, janganlah kamu menyingkap setelah apa yang mereka cuba untuk menutupinya dan janganlah kamu cuba melihat akan rahsia-rahsia mereka " . Beliau jugak menyebut : " tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar, iaitu mencari keaiban yang tersembunyi mahupun rahsia ". ( Al-Tafsir Al-Munir, m/s : 255 dan 263 ).

........................................

Adapun di dalam nas-nas daripada As-Sunnah, yang menghalang akan perbuatan insan untuk membuka aib seseorang tanpa baginya keperluan dan kemudaratan untuk dibicarakan, malah perkara seperti ini amatlah ditegah oleh agama islam itu sendiri berpandukan hadith-hadith berikut.

..............................................

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi Barzah Al-Aslami ;

" Wahai sekalian ( insan ) yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, jangan lah kamu mencari-cari keaiban mereka, sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah mencari keaibanya, maka Allah akan mendedahkannya sekalipun di rumahnya ". ( Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad , Hadith sohih ).

........................................................................

As-Syeikh As-Salim Id Al-Hilali dalam mensyarahkan hadith -hadith Riyad As-Salihin berkata : " Tajassus bermaksud mencari dan menyelidik keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan As-Sunnah telah melarang akan hal ini. sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan beliau berusaha untuk menutupnya dan tidak melakukan secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahanya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh-bolehnya" . ( Bahjah Al-Nazirin, J 3, m/s : 92 ).

...................................................

Sabda Rasulullah s.a.w dari Mu'awiyah ;

" sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka, atau hampir merosakkan mereka. kata Abu Darda : itu adalah perkataan yang Mu'awiyah dengar daripada Rasulullah, Semoga Allah memberi manafaat kepadanya dengan perkataan tersebut ". ( Hadith riwayat Abu Daud, dengan sanad yang sohih ).

......................................

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab keatas setiap muslimin untuk menjaga keaiban dirinya mahupun orang lain, kerana menjaga keaiban itu adalah perkara yang diperintahkan keatasnya dan membuka keaiban diri sendiri mahupun orang lain adalah termasuk perkara yang amat ditegah oleh islam. Hal ini bersabit dengan dalil-dalil sohih yang bertepatan dengannya.

.......................................................

Firman Allah Ta'ala ( maksudnya ) ;

" Sekiranya ada dua golongan daripada orang-orang beriman berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu golongan itu melampaui terhadap yang lain maka perangilah golongan yang melampau itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kerana Allah sukakan mereka yang melakukan keadilan ". ( Surah Al-Hujurat : 9 ).

.................................................

Firman Allah Ta'ala ( maksudnya ) ;

" Tiada kebaikan pada kebanyakkan bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh ( manusia ) memberi sedekah atau berbuat ma'ruf atau mengadakan perdamaan diantara manusia ". ( Surah An-Nisa : 114 ).

...............................................

................................................

Wallahhu Ta'ala A'lam.

.........................................

" Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) "

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..........................................................................

minitramways.blogspot.com

minitramways.wordpress.com

Mohammedia, Morocco.

23 NOVEMBER 2009 ( 02.37 a.m )


......................................

Kewajiban solat berjemaah bagi wanita di masjid II




Assalamualaikum wrbt....

......................

Adakala hadith yang dikatakan mempunyai sedikit perselisihan hukum berkenaannya. Apabila ia dibandingkan diantara kedua-dua lafaznya dan jika ia dilihat dengan sekilas pandang akan maksudnya, adakah ia benar-benar bertentangan diantara keduanya?...Hal ini merujuk kepada hadith sohih yang membicarakan berkenaan kelebihan solat berjemaah , dengan hadith yang menerangkan akan keafdhalan bagi wanita untuk solat dirumah berbanding berjemaah di masjid... Timbul perselisihan dikalangan para ulama' dalam mengistinbatkan hukum berkenaan hadith tersebut...

......................................

Sabda Rasulullah s.a.w dari Ibni Umar r.a :

" Solat berjemaah adalah lebih afdhal berbanding solat bersendirian, dangan 27 darjat ". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

.........................

Akan tetapi ; Apakah pengertian hadith tersebut bersifat umum bagi kaum lelaki mahupun kamu wanita ?. Dikalangan para ulama' berselisihan pendapat dalam membincangkan hukum berkenaan dengannya. Ada dikalangan mereka berpendapat, hadith tersebut hanya ditujukan bagi kaum lelaki yang solat berjemaah di masjid, malah ada juga dikalangan para ulama' yang mengatakan bahawa hadith tersebut adalah bagi mereka yang solat berjemaah tanpa berpihak kepada kaum lelaki mahupun wanita.

...........................

Sabda rasulullah s.a.w :

" bahawasanya A'isyah pernah mengimami para wanita dalam solat fardhu, dan beliau berdiri diantara mereka ". ( Hadith riwayat Daraquthni )

..............................

" bahawasanya beliau ( Ummu Salamah ) mengimami para wanita, dan beliau berdiri ditengah ( saf ) " . ( Hadith riwayat Al-Baihaqi ).

............................

As-Syeikh Albani dalam mensyarahkan Hadith berkenaan A'isyah dan Ummu Salamah ( Allah redha keduanya ) yang mengimami para wanita didalam solat. Berkata As-Syeikh Albani ; " Perbuatan ini amat baik untuk diamalkan, lebih- lebih lagi apabila ia dikaitkan dangan keumuman hadith Rasulullah bahawa ( Kelebihan atau ganjaran ) kaum wanita menyerupai kaum lelaki. Namun persamaan yang diperkatakan adalah berkenaan hal solat berjemaah bukannya didalam keutamaan atau kelebihan 27 darjat ataupun 25 darjat ".

.............................

Para ulama' secara mejoritinya bersependapat dalam mentafsirkan maksud hadith tersebut, dimana kelebihan 25 darjat mahupun 27 darjat adalah khusus bagi solat berjemaah di masjid... Hal ini juga turut dipersetujui oleh Al-Imam Ibn Hajar dalam mensyarahkan hadith tersebut, kata Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqolani ; " malah yang paling jelas dalam memperkatakan berkenaan darjat yang disebutkan itu, ianya khusus bagi solat berjemaah di masjid " ( Fathul Bari, J 2, m/a : 159 )...

Hal ini amat bertepatan dengan nas-nas Al-quran malah ianya disandarkan dengan hadith yang sohih yang memperkatakan tentang kelebihan bagi sesiapa yang berjalan untuk mendatangi dirinya ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah...

..........................

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi hurairah r.a :

" Solat seorang lelaki secara berjemaah akan dilipat kaligandakan jika ia dibandingkan dangan solatnya ( seorang lelaki ) di rumah atau di pasar dengan 25 kaliganda. Dengan syarat ia berwudhu' dangan sesempurna wudhu', kemudian ia keluar ke masjid, dan tidaklah ia keluar melainkan untuk solat ( berjemaah ), tiadalah dikira akan setiap langkah itu, melainkan diangkat baginya darjat dan dihapuskan setiap kesalahannya ( mengikut setiap langkah ). Dan takkala ia bersolat, tidaklah baginya melainkan para malaikat berselawat keatasnya sehingga ia menyempurnakan solatnya dengan doa ; " Ya Allah, kau berkatilah keatasnya, dan kau rahmatilah dia ". sehingga ia menyempurnakan solatnya dan sebagaimana ia menunggu solat". * ( Hadith riwayat Al-Bukhari dan Al-Muslim )

..........................

Dengan demikian, dikalangan para ulama' dalam memperbahaskan berkenaan maksud hadith tersebut, tidaklah mereka memasukkan akan kelebihan solat berjemaah bagi wanita termasuk dalam kelebihan atau ganjaran 25 darjat mahupun 27 darjat. Akan tetapi, baginya kelebihan yang tersendiri baik ia bersolat berjemaah mahupun sebaliknya di rumah jika ia dibandingkan dengan solatnya di masjid ( bagi wanita )...

........................

wallahhu Ta'la a'lam...

..........................

" Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) "

Surah An-Nisaa’ : 59 .

minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

23 NOVEMBER 2009 ( 02.26 a.m )

...........................




Saturday, November 21, 2009

Kewajiban solat berjemaah bagi wanita di masjid I



ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…



ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡، ู†ุญู…ุฏู‡ ูˆู†ุณุชุนูŠู†ู‡، ูˆู†ุณุชุบูุฑู‡، ูˆู†ุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุดุฑูˆุฑ ุฃู†ูุณู†ุง، ูˆู…ู† ุณูŠุฆุงุช ุฃุนู…ุงู„ู†ุง، ู…ู† ูŠู‡ุฏู‡ ุงู„ู„ู‡ُ ูู„ุง ู…ُุถِู„َّ ู„ู‡، ูˆู…ู† ูŠุถู„ู„ ูู„ุง ู‡ุงุฏูŠ ู„ู‡، ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡، ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู…ุญู…ุฏุง ุนุจุฏู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡، ุฃู…ุง ุจุนุฏ.

..........................

Sekilas pandangan para ulama' berkenaan hukum solat berjemaah di masjid bagi wanita, adakah ia diwajibkan mahupun tidak?... adalah ia menjadi salah satu perkara yang diperselisihi pendapat ( khilafiah ) diantara para ulama' muktabar berkenaan hukum tentangnya.

firman Allah Ta'ala ( maksudnya ) ;

" Jika kamu berada dikalangan mereka ( sahabatmu ) lalu kamu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, justeru itu hendaklah mereka berdiri ( bersolat ) denganmu ". ( Surah An-Nisaa' : 102 ).

...............

Berkata Dr. Muhammad Zuhaili : " Sesungguhnya ayat diatas, adalah diantara dalil-dalil yang mensyariatkan kepada kita agar menunaikan solat Fardhu secara berjamaah biarpun dalam keadaaan ketakutan mahupun peperangan, dan apabila solat berjemaah didalam keadaan aman dan selamat itu lebih diutamakan " ( kitab Al-Muktamad fil fiqh As-Syafie, bab solat berjemaah, J 1, m\s : 403).

Dan ini adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dimana sepanjang hidupnya, baginda menghadiri dan mengimami solat dimasa bermusafir, keadaan selamat, dalam peperangan, dirumah, dimasjid dan ia adalah antara perkara sunnah yang amat dituntut dalam islam keatas umatnya.

.....................

Sabda Rasulullah s.a.w ;

" Solat berjemaah adalah lebih afdhal dari solat bersendirian, dengan 27 darjat ". ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ).

........................

Adapun apa yang kita bincangkan adalah berkenaan hukum wanita solat berjemaah di masjid, walaupun hukum tentangnya menjadi perkara khilafiah ( perselissihan ) dikalangan ulama'. Walau begitu, sesungguhnya jumhur ( mejoriti ) ulama' berpendapat adalah harus bagi seseorang wanita untuk solat berjemaah dimasjid. Akan tetapi, adalah lebih afdhal bagi mereka untuk bersolat dirumah... pendapat ini kebanyakan dipersetujui oleh ulama' muktabar seperti Al-Imam As-Syafie, Al-Imam Al-Malik, Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi, ahli-ahli hadith, dan sebahagian besar ulama' bermazhab Syafie.

Hal ini disandarkan dengan dalil-dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah yang berkaitan danganya.

..................

Sabda Rasulullah s.a.w dari ibnu Umar ;

" janganlah kamu menghalanag wanita untuk ke masjid, akan tetapi ( bersolat ) dirumah mereka adalah lebih baik baginya" ( Hadith riwayat Abu Daud ).

....................

Al-Imam Malik apabila ditanya berkenaan larangannya keatas wanita untuk keluar ke masjid, keluar dihari raya mahupun bersolat istisqa' ( mintak hujan turun ). Kata Al-Imam Malik : " sesungguhnya untuk ( wanita ) keluar ke masjid adalah tidak dilarang. Akan tetapi, kami tidah melihat ia menjadi satu kemulian bagi wanita apabila mereka keluar keseluruhannya pada hari raya dan pada solat istisqa' ". ( Mudauwanah Al-kubra, bab solat berjemaah, J 1, m\s :173 ).

..........................

Mahupun ia diharuskan sebahagian besar Para ulama', akan tetapi tidak dilupai akan larangan yang telah disepakati oleh ulama' bagi wanita untuk mendatangi ke masjid berdasarkan Hadith sahih ;

...........................

" telah melarang Rasulullah s.a.w keatas wanita untuk keluar pergi ke masjid dengan memakai wangian, kerana ia menjadikan lelaki memandang kepadanya, dan berkehendak keatasnya, dan sesungguhnya bauwannya, perhiasannya, dan rupa parasnya menyebabkan ia ( wanita ) menjadi perhatian, maka hendaklah bagi wanita itu menjauhi dirinya dari perkara tersebut". ( Hadith riwayat Abu Daud )

...................

Hal tersebut adalah menjadi satu halangan bagi kaum wanita untuk mendatangi dirinya ke masjid, disebabkan hadith diatas dengan jelas melarang akan perkara tersebut. walau bagaimanapun, bagi wanita yang bebas dari perbuatan tersebuat tetap dibenarkan. Akan tetapi, adakah hadith diatas bertentangan dangan hadith sahih yang berikutnya.

.........................

Sabda Rasulullah s.a.w ;

" solat dimasjidku ( masjid Al-Madinah Munauwarrah ) lebih utama seribu solat jika dibandingkan dengan solat di masjid yang lain ". ( Hadith riwayat Muslim )

..........................

Berkata syeikh Al-Bani rahimahullah : " hadith ini tidaklah menafikan bahawa solat mereka ( wanita ) di rumah adalah lebih utama bagi mereka, sebaigamana tidak dinafikan akan keutamaan solat sunat di rumah bagi lelaki dibandingkan jika ia dilakukan di masjid. Akan tetapi jika dia ( lelaki ), menunaikan solat fardhu salah satu diantara tiga masjid ( Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid An-Nabawiyah Munawarah, Madinah, dan Masjid Al-Aqsa, Palestin ), maka mereka mendapat keutamannya dan kelebihannya jika dibandingkan dengan solat di masjid selainnya, demikian juga halnya bagi wanita " ( Kitab Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah, m\s : 156 ).

.................................

Kata Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah : " solat-solat mereka ( wanita ) di rumah adalah lebih utama bagi mereka dibandingkan solatnya di masjid. Jika mereka mengatahui yang demikian ( pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid ). Akan tetapi kerana mereka tidak mengatahuinya, maka mereka ( wanita dizaman Rasulullah (sahabiyah ) ) meminta izin untuk keluar ke masjid dengan beranggapan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumah " ( Kitab Nailul Authar, J 3, m\s : 131 ).

.........................

Akan tetapi... Adakah solat dirumah bersendirian bagi wanita adalah lebih afdhal jika dibandingkan solat berjemaah di masjid . Jika ia benar, hal ini amat bertentangan dengan hadith sahih dimana Rasulullah s.a.w bersabda.

................

Sabda Rasulullah s.a.w ;

" Solat berjemaah adalah lebih afdhal dari solat bersendirian, dengan 27 darjat " Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim...

......................

wallahu Ta'ala a'lam.

................

"

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

21 NOVEMBER 2009 ( 02.29 p.m )

p\s : Jawapan seterusnya akan disambung pada post akan datang...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More