Find Us

Monday, June 20, 2011

7 tuntutan - BERSIH - 2011


Assalamualaikum WRBT.

Diharap semua berada keadaan sihat walafiat dan dirahmati oleh Allah Ta'ala. Sekarang ini , di dada-dada akhbar, blog-blog, dan sebagainya hangat membincangkan tentang perhimpunan BERSIH 2011 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 jam 2 petang. Perhimpunan tersebut akan bermula di Hadapan Sogo, Masjid jamek dan beberapa lokasi lain ( yang patut dirahsiakan ) akan berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorendum 7 tuntutan BERSIH 2011.

Tepat jam 11.42 AM pada 19 Jun 2011, handphone berbunyi menandakan adanya masej yang telah masuk ke inbox, masej tersebut berbunyi;

" Salam, jemput untuk perjumpaan dgn Yb Khalid Samad di Shah Alam jam 3pm hari ini 19 jun 2011, Perjumpaan akan dikepalai oleh Dr Mohd Asri Za. Berkumpul Di rumah xxxxx jam 1pm. Mohon pengesahan kehadiran "

Perjumpaan yang dimaksudkan, adalah satu perjumpaan dengan Yb Khalid samad di Pejabat Ahli Perlimen Shah Alam yang mana kami diketuai oleh Prof madya Dr. Asri, dan juga turut dihadiri oleh anak kepada usahawan terkenal di Malaysia, pensyarah-pensyarah Universiti, pengendali dan pemilik-pemilik blog, wakil-wakil daripada NGO dan lain-lain iaitu sekitar 35 orang yang hadir. Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengatahui sendiri berkenaan matlamat sebenar diadakan perhimpunan BERSIH 2011 tersebut, apakah tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan, bagaimanakah persiapan penganjur bagi mengadakan perhimpunan tersebut dan beberapa isu lain yang juga dibangkitkan bersama.

Perbincangan tersebut berlangsung sekitar 1 jam setengah yang melibatkan sesi penerangan, lontaran pandangan dan soal jawab daripada kedua-duan belah pihak. Perbincangan tersebut berlangsung secara aman dan ilmiah malah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak YB sendiri. Perbincangan tersebut juga ada menyentuh beberapa isu lain, bahkan diselitkan juga berkenaan isu-isu yang berlaku di Malaysia yang mana kebanyakkan isu tersebut tidaklah diwarwarkan di dada akhbar dan juga di media-media elektronik.

Di antara 7 tuntutan - BERSIH 2011 - kepada pihak kerajaan, boleh dikatakan tuntutan yang sama pernah dituntut pada perhimpunan BERSIH 2007 tetapi malangnya tuntutan tersebut masih tidak dilayan atau diambil cakna oleh pihak kerajaan. Diantaranya ialah;

TUNTUTAN BERSIH 2007;

1. Penggunaan dakwat kekal.
2. Pembesihan daftar pemilihan.
3. Pemansuhan undi pos.
4. Akses kepada Media.

TUNTUTAN BERSIH 2011;

1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21 tahun.
2. Refomasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar.
3. Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali.
4. Capaian media aliran utama untuk perti pembangkang.
5. Tempoh berkempen minimun 21 hari.
6. Kebebasan badan penguatkuasa bertindak berhubung kesalahan pilihan raya.
7. Menghapuskan raswah pilihan raya.

Jika dilihat dan dinilai tuntutan tersebut, bagi seorang yang berakal waras pasti akan berkata ia adalah satu tuntutan yang amat munasabah yang mahukan kepada keadilan, ketelusan, dan kebaikan kepada agama, negara dan rakyat. Dimana sikap sebegini, sepatutnya perlu kita tanam dalam diri agar bersikap adil dalam menilai apa jua perkara tanpa mengira siapa yang menuntut dan siapa yang dituntut. Adapun apa yang diperkatakan ini bukanlah satu persetujuan berkenaan perhimpunan BERSIH 2011 , tetapi apa yang ingin ditekankan di sini ialah tuntutan BERSIH 2011 iaitu satu tuntutan yang baik matlamatnya dan kehendaknya yang perlu diberi sokongan oleh rakyat Malaysia Khasnya dan dunia luar amnya.

Apabila ditanya, Adakah pihak penganjur dapat mengawal keadaan aman semasa berlangsungnya perhimpunan tersebut?. Jawap Yb: insyallah dapat !, dimana pihak penganjur akan menempatkan dan menghantar unit amal yang terlatih bagi mengawal keadaan agar kekal aman sepanjang perhimpunan tersebut jika tiada sebarang provokasi daripada mana-mana pihak tertentu. Dan ditanya lagi, Adakah pihak penganjur boleh memberi jaminan keamanan akan berlaku sepanjang perhimpunan tersebut?. Jawab Yb : Pihak penganjur tidak dapat menjamin perkara tersebut. Ditanya lagi, Adakah peserta yang akan menghadiri perhimpunan tersebut telah diberi taklimat tentang larangan membuat sebarang kekacauan dan larangan bertindak agresif?. Jawab Yb ; tidak, tetapi Insyallah, mereka semua sedia maklum bahawa perhimpunan tersebut perlu dibuat secara aman. Ditanya lagi, Adakah pihak penganjur tidak memikirkan kesesakan yang akan berlaku pada jalan-jalan tertentu dan mengakibatkan kerugian peniaga-peniaga ditempat tersebut. Jawab Yb ; saya mengatakan bahawa, jika kesesakan berlaku dikebanyakkan jalan-jalan utama seperti di sg. Buloh dan sebagainya, ia adalah satu petanda yang baik menunjukkan bahawa rakyat amat perihatin tentang hak-hak mereka dan mereka bersuara bersama-sama kami dalam menuntut hak-hak rakyat. Berkenaan kerugian yang ditanggung oleh peniaga ditempat tersebut, saya tidak fikir itu berlaku, kebanyakkan mereka akan memperolehi keuntungan besar disebabkan ramai yang akan membeli makanan, minuman dan sebagainya malah sebahagian mereka akan pergi membeli belah selepas selesai perhimpunan tersebut kerana mereka bukanlah selalu ada kelapangan untuk pergi ke ibu kota, dan inilah masanya. lebih menguntungkan perniaga adalah !, rugi itu adalah satu isu yang dipolitikkan.

Begitulah sebahagian kecil daripada sesi soal jawab yang berlaku sepanjang perjumpaan tersebut, dan kita juga sedia maklum bahawa terdapat beberapa para ulama' Malaysia yang telah mengeluarkan fatwa tentang perhimpunan tersebut. Ada yang mengatakan halal dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi jika hendak mengadakannya, dan ada juga yang mengatakan ianya haram atau bercanggah dengan prinsip islam dengan bernaskan-dalil-dalil yang menegaskan agar umat islam dituntut mentaati pemerintah. Adapun yang mana satu pilihan fatwa yang disukai, tetapi ingatlah bahawa umat islam perlulah memikirkan kebaikan itu mengatasi keburukan dalam apa jua perkara, cuba kita fikirkan jika kita mengadiri perhimpunan tersebut adakah kebaikan melebihi keburukan, apakah kesan-kesan yang berlaku jika kita menghadirinya, apakah pandangan orang non-muslim terhadap agama jika kita menghadirinya dan banyak lagi yang perlu kita tanya dan hitung sebelum membuat keputusan tersebut.

Ada masa lagi untuk kita beristikharah memohon petunjuk daripada Allah Ta'ala supayadiberikan kata putus atau petunjuk yang terbaik agar kita sentiasa tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat pentunjuk yang benar iaitu petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Pesan Rasulullah s.a.w di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abi Huraurah:

" sebaik-baik orang islam itu adalah meninggalkan perkara yang tidak berfaedah " ( Hadith riwayat Tirmidzi : hadith Hassan ).

Kata Sheikh Ibn Bazz; " Sebaik-baik orang islam itu, dia tidak menyubukkan dirinya di dalam perkara-perkara yang tidak bermanafaat, bahkan apa yang perlu ialah dia menyibukkan dirinya dalam mempelajari ilmu kerana ilmu itu memberi manafaat kepadanya dan kepada orang lain dengan manafaat yang besar".

Semoga kita mendapat manafaat daripadanya dan beroleh hidayah sepertimana hidayah yang diberikan Allah kepada Rasulullah s.a.w, para sahabat, dan para tabi'in. wallahu ta'ala a'alam.

- gambar -

di hadapan pejabat

semasa perbincangan

penerangan daripada YB

Diluar perkarangan pejabat

Poster BERSIH 2011 -1-

Poster BERSIH 2011 -2-

Wallahhu Ta’ala a’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .


minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

20 Jun 2011 ( 4.24 PM )


3 comments:

sheikh tak jawab2 lagi, puas tunggu.. tapi berpegang pada sheikh idris dululah, dalil dia agak kuat..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More