Find Us

Friday, May 27, 2011

BERKASIH-SAYANGLAH SEBELUM BERPISAH






Assalamualaikum…

....

saya tertarik dengan puisi yang dinukilkan oleh Puan norhayati, dan saya rasa disana ada kebaikan yang dapat kita perolehi jika kita mendalami apa yang dimaksudkan melalui penulisan beliau itu, dan berharap agar saya dapat berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang apa yang telah saya perkatakan tadi. Puisinya berbunyi;

......

” Setulus cinta, hatinya sejernih air, namun cintanya tetap dinodai “

tidak pernah menyangka,

kasihnya yang jujur dan luhur,

akan diperdaya pada satu ketika.

dia sendiri tidak pernah terlintas,

suaminya yang dikasihi akan mati dengan ciptaan sendiri.

Si Isteri, hatinya terlalu jujur.

tidak pernah prasangka,

tidak pernah rasa curiga.

dia tahu Si suami yang dikasihi sudah pergi,

ke pangkuan illahi.

Dia menerima dengan hati terbuka,

walaupun derita dan merana membengkam di dalam dada.

Namun kebenaran terselah,

hati wanitanya yang cekal dan pasrah kini tergugah.

Dia sudah hilang arah,

sudah hilang segala rasa tabah.

Dan dalam saat begini,

seorang lelaki menghulurkan tangan…

memberi seribu senyuman…

pastinya Setulus Cinta bukan sahaja wujud di alam maya.

oleh :

NORHAYATI BERAHIM

...

……………………….

Allah berfirman :

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yang yatim ( pabila kamu mengahwininya ), maka kahwinilah wanita-wanita ( lain ) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil. Maka ( kahwinilah ) cukuplah sekadar seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki, yang demikian itu adalah lebih dekat kepada perkara-perkara yang tidak zalim “. ( Surah An-Nisa’ : 4 )

..

Al-Hafiz Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat tersebut berkata : ” Maka bagi suami juga adalah perlu keatasnya untuk bercakap baik terhadap isterinya dan memperbaiki tingkahlakunya dan penampilan dirinya mengikut kadar yang ia mampu, ianya sepertimana engkau ( suami ) sukakan akan isterinya melakuka perkara tersebut “.

..

Sepertimana firman Allah :

Dan keatas para wanita itu ( bagi meraka ) mempunyai hak-hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf ” ( Surah Al-BAqarah : 228 ).

..

Sabda Rasulullah didalam hadithnya berkenaan berpesanlah agar berbuat baik keatas kaum wanita :

Berpesan ( sesama kamu kaum muslim ) agar berbuat baiklah terhadap kaum wanita, sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk, dan bahagian yang paling bengkok itu adalah bahagian paliang atas. Bila kamu memaksa untuk meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya ( melanggar fitrah ), dan jika kamu membiarkan ia, maka ia akan terus membengkok, Maka berpesanlah kamu agar berbuat baik terhadap kaum wanita ” ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dan muslim ).

..

Firman Allah Taala’ :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki ) atas sebahagian yang lain ( wanita ), dan kerana mereka ( lelaki ) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu maka wanita yang baik, ialah yang taat kepada Allah malah memelihara diri ketika ketiadaan suami, oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya. Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar ” ( Surah An-Nisa’ : 34 ).

..

Saya berharap dengan perkongsian ini dapat kita mengambil beberapa kebaikan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan kasih sayang atau perasaan ukhuwah diantara kita sesama manusia. Dan pada pandangan saya, seseorang itu mungkin dapat menipu mulutnya tentang perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang, tetapi sesekali ia tidak akan dapat menipu hatinya berkenaan perkara yang sama.

...

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

02 Jun ( 1.55 AM )

BERITA GEMBIRA BUAT WARGA PALESTINE




SEMENANJUNG GAZA 26 Mei - Pihak berkuasa Mesir membuat keputusan untuk membuka terus pintu sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bermula minggu depan.

...

Dalam satu kenyataan pada Rabu lalu, seorang pegawai Mesir berkata, keputusan itu sebahagian daripada prosedur Mesir untuk memudahkan pergerakan penduduk Palestin keluar dan masuk ke Genting Gaza.

..

Pegawai itu berkata, pihak berkuasa akan menggunakan prosedur serupa yang dilaksanakan pada 2007 sebelum sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel di Gaza apabila wanita, kanak-kanak bawah 18 tahun dan lelaki 40 tahun ke atas tidak memerlukan visa untuk menyeberang ke Mesir.

..

Duta Palestin ke Mesir, Barakat Al-Fara mengesahkan bahawa mereka menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak Mesir berhubung perkara itu.

..

Minggu lepas, Hamas yang mentadbir Gaza berkata, mereka mahu menutup sepenuhnya pintu sempadan itu sebagai membantah langkah yang dilaksanakan oleh Mesir berhubung pintu sempadan terbabit.

..

Sementara itu, Hamas, pemerintah Islam di Semenanjung Gaza, merakamkan penghargaan terhadap keputusan pihak berkuasa Mesir untuk membuka pintu sempadan itu.

..

"Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang berani dan bertanggungjawab yang menunjukkan peranan sebenar pihak berkuasa Mesir ke arah perjuangan penduduk Palestin," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoom.

..

Pintu sempadan Rafah dikuasai oleh Israel tetapi selepas pengunduran Israel dari Gaza pada 2005, pintu sempadan itu dikendalikan oleh pihak berkuasa Palestin dan Mesir dengan kehadiran pemeriksa daripada Kesatuan Eropah, sebagai sebahagian daripada perjanjian di mana Amerika Syarikat menjadi orang tengah.

..

Perjanjian itu digantung selepas Hamas mengambil alih Semenanjung Gaza daripada seterunya, Fatah, pada 2007. Akibat daripada perbezaan pendapat warga Palestin itu, pemeriksa dari Eropah menggantung misi mereka dan pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membuka sebahagian daripada pintu sempadan itu dengan diselaraskan oleh pihak Palestin.

..

Menurut penganalisis Palestin, hubungan antara Palestin dan Mesir bertambah baik selepas revolusi secara aman oleh penduduk Mesir menentang Hosni Mubarak dan rejim beliau.

..

Penganalisis berkata, ketegangan antara Israel dan Mesir semakin memuncak ekoran pendirian terbaru terhadap perjuangan penduduk Palestin. - Bernama

..

Pendangan Sheikh Hassan apabila ditanya tentang barangan yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh yahudi dan sekutunya. Satu lontaran pandangan yang adil dan saksama.



....
.
.
.

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

27 Mei 2011 ( 12.45 PM )

Tuesday, May 24, 2011

HUKUM BERHUKUM DENGAN ADAT ( 1 )





.. ... .
Assalamualaikum wrbt.

...
Daripada Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz kepada seluruh kaum muslimin semoga kita berada dalam keadaan yang memahami perkara hak dan mengikut jalan yang benar.
.......
Aku menyeru untuk perkara tersebut dan ini adalah jawapan kepada pertanyaan yang telah ditanya sebahagian daripada kaum muslimin dimana sebahagian mereka berhukum dengan mengikut kepada adat setempat yang mana ianya tidak diturunkan oleh Allah ta'ala dan bercanggah dengannya.
..
Meninggalkan daripada berhukum dengan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w kepada berhukum dengan Adat dan kebiasaan yang diamalkan oleh penduduk jahiliyah. Sesungguhnya perkara ini adalah sesuatu perbuatan yang telah menidakkan Syahadah malah tidak beramal dengannya dengan sebenar-benar amalan. Hal ini berlaku disebabkan, syahadah hanyalah disebut pada perkataan tanpa memahami maksud sebenar dan kebanyakkan daripada mereka masih lagi taksub dengan fahaman dan ajaran kaum jahiliyah.
...
Dan disebabkan perkara tersebutlah sebahagian umat muslimin menyeru kepada perkara-perkara yang bercanggah dengan syara'. Justeru itu, kita perlulah memberi nasihat kepada mereka dan berdoa agar mereka diberikan taufiq dan hidayah.
...
sesungguhnya wajib keatas kaum muslimin berhukum dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w dalam semua perkara iaitu bukanlah hanya pada perundangan, atau perkara-perkara tertentu sahaja.
...
...
...
Firman Allah Ta'ala;
" ألم تر إلى الذين يزعمون أنهم امنوا بما أنزل إليك وما أنزل من قبلك يريدون أن يتحاكموا إلى الطاعوت وقد أمروا أن يكفروا به ويريد الشيطان أن يضلهم ضلالا بعيدا ".
..
Firman Allah lagi;
" أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يوقنون "
...
Jelaslah bahawa, kewajiban seseorang muslim itu agar tidak mendahulukan sebarang hukum melainkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ta'ala dan Rasulnya seperti apa yang telah diperintahkan. Sepertimana tujuan beribadah adalah satu-satunya hanya kerana Allah ta'ala dan begitu jugalah dalam berhukum hanya satu sahaja yang menjadi sandaran dan pegangan umat muslimin.
...
Firman Allah Ta'ala;

" إن الحكم إلا لله ".
....
Jika masih ada yang berhukum dengan hukum selain daripada hukum Allah Ta'ala, maka itu termasuk daripada perbuatan yang amat keji dan mungkar, iaitu seburuk-buruk kejahatan malah sebahagian para sahabat mengkafirkannya.
....
Firman Allah Ta'ala;
" فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرخا مما قضيت ويسلموا تسليما "
....
Dan tidak berimanlah seseorang itu apabila ia berhukum selain daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya di dalam usul Agama, cabang-cabangnya, dan juga pada semua perundangan dalam kehidupan. Sesungguhnya jika itulah yang berlaku maka ia telah berhukum mengikut Tarut.
...
( * Panjang Artikalnya, nanti akan disambung semula, insyallah )

....

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan

24 Mei 2011 ( 12.28 PM )

Sunday, May 22, 2011

ASSALAMUALAIKUM





....
...
..
Assalamualaikum wrbt.

فان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن شيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشد ان لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
.
" يأيها الذي ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون ". ال عمران : 102
....
" يأيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس وحدة وخلق منها زوخها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء واتقوا الله الذي تساءلون به والأحام إن الله كان عليكم رقيبا " النساء : 1
....
" يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا يصلح لكم أعملكم ويغفر لكم ذنوبكم ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا غظيما " الأحزاب : 70-71
...
اما بعد، فإن أصدق الحديث كتاب الله، وخير الهدي هدي محمد صلى عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.
..
Setelah sekian lama blog ini bersendirian kerana lupa , akhirnya diizinkan oleh Allah ta'ala untuk kembali mendampinginya. sesungguhnya Allah ta'ala tahu akan kebaikan atas segala yang berlaku.
...

Aku berharap segala apa yang ditulis dan dicatat di dalam blog ini dapat memberi manafaat yang berguna kepada semua, dan jika terdapat perkara yang kurang tepat faktanya dan tidak benar hujahnya, maka aku meminta kepada sesiapa sahaja agar dapat membetulkan dan menegur ku. Aku menarik segala yang salah itu, disebabkan kerana mazhabku adalah mazhab yang bertepatan dengan fakta dan hujjah. ( petikkan ini ditiru dan diolah daripada kata-kata Imam Syafi'i )

..
Aku tertarik apabila seorang kawanku bertanya tentang siapakah wali Allah Ta'ala yang disebut didalam hadith kudsi ;

" من عادى لي وليا فقد اذنته بالحرب "
" barang siapa yang memusuhi wali-ku, Aku telah mengizinkannya untuk diperangi ". ( Hadith Al-Bukhari dari Abu Hurairah )
..
Dan pada hadith yang lain juga ada menyebut; " barang siapa memusihi wali-wali Allah Ta'ala, Allah telah mengizinkannya untuk diperangi " ( Hadith Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Muadz bin Jabal ; hadith sahih ).
..
Siapakah wali Allah yang dimaksudkan?

...
Apabila kita bertanya kepada mesyarakat mesir kebanyakkanya berkeyakinan bahawa para wali tersebut adalah terdiri daripada golongan-golongan tertentu yang diketuai oleh Sayyidah Zainab, dan diantaranya adalah Ahmad al-Badawi, Abdul Qadir Al-Jailani, Ahmad Ar- Rafa'i dan Ibrahim Ad-Dasuqi.
...
Dimana mereka mendakwa hanya itulah sahaja yang layak bergelar wali-wali Allah. Inilah yang akan terjadi jika kita ghulu dalam berjamaah yang mana sikap tersebut telah membinasakan umat-umat sebelum kita, dan perkara tersebut telah dicela oleh Allah Ta'ala terhadap Ahli kitab.
...
Firman Allah;
" katakanlah; ' hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang batil dalam agamamu, dan jangalah kamu mengikut hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya..." ( Surah Al-Maa'dah : 77 ).
...
Sabda Rasulullah s.a.w;
" berjaga-jagalah kamu terhadap perbuatan ghulu dan melampau dalam hal agama, dan sesungguhnya sebahagian kaum sebelum kamu telah binasa disebabkan perbuatan melampaui dalam agama " ( Hadith Ahmad dari Ibnu Abbas ).
...
.....
Maka siapakah yang dapat kita ketogorikan sebagai wali Allah. Di dalam Al-Quran Allah ta'ala ada menyebut tentang siapakah wali-wali tersebut, akan tetapi ia hanyalah bersifat umum. Adapun perbincangan dikalangan para ulama' tentang hal ini amat luas dalam menentukan syarat-syarat dan skop-skop kelayakan dalam menentukan siapakah wali Allah itu.
...
Diantara dalil-dalil tentang sifat bagi wali-wali Allah, ialah firman Allah Ta'ala;
"... dan sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada rasa takut dalam diri mereka dan tidak juga adanya rasa sedih di dalam hati-hati mereka. mereka adalah dari kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..." ( Surah Yunus ; 62-63 ).
...
" Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beseerta orang-orang yang berbuat baik ". ( Surah Al-Ankabut ; 69 ).
...
" sesungguhnya orang-orang yang betaqwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka akan ingat kepada Allah, maka ketika itu jugalah mereka akan menyesal atas perbuatan dan kesalahan mereka ". ( Surah Al-A'raf : 201 ).
...
Dalil-dalil diatas secara umumnya menerangkan tentang ciri-ciri yang dikatakan wali Allah ta'ala. Adakah wali-wali Allah Ta'ala terdiri daripada para Nabi dan Rasul sahaja, atau juga daripada sahabat dan khulafa Ar-Rashidin. Malah dikalangan para ulama' dalam menjastifikasikan siapakah mereka itu padanya pendapat- yang pelbagai.
...
kata Sheikh Qaradawi; " Adapun wali Allah itu adalah orang-orang yang beriman, bertaqwa, bertauhid, dan beristiqamah. mereka adalah orang-orang yang menlaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya ". ( Fusul fi Al-Aqidah Al-Salaf Wa Al-Khalaf ).
...
Kata Al-Allamah Al-Alusi : " Sesungguhnya tidak disyaratkan kepada wali itu mendapat karamah, sebagaimana nabi disyaratkan keatasnya mendapat mukjizat, namun istiqamah itu cukup baginya ssebagai karamah ". ( diambil riwayatnya daripada Abu Yazid ).
...
Kata Sahl At-Tustari : " bagiku, seseungguhnya ia adalah akhlak yang tercela diganti oleh Allah dengan akhlak yag terpuji menjadikan perkara itu terbaik bagi seseorang ". (Sheikh Al-Zuruq, Syarah Al-Hikam ).
....
Akhir kata, wali Allah tu adalah satu makam ataupun darjat yang diberikan oleh Allah disebabkan faktor-faktor yang melayakkan seseorang itu mendapatnya, adapun bagi kita untuk mengangkat mereka lebih daripada para nabi dan Rasul adalah sesuatu perbuatan terlalu jauh dan bercanggah daripada manhaj dan pegangan golongan Salaf.
...
Sheikh Zaruq didalam kitabnya mendatangkan suatu contoh yang baik bagi golongan yang Ghulu dalam mengangkat wali itu lebih daripada yang sepatutnya, iaitu;
...
Abu Yazid pernah diberitahu; " Si fulan berjalan diatas air! "
- Dia menjawab; " Ikan itu lebih lebat daripadanya, kerana itu adalah sifatnya".
Dia diberitahu lagi; " sifulan terbang di atas udara! ".
- Dia menjawab; " Burung itu lebih hebat daripadanya, kerana itu adalah sifatnya ".
Dia diberitahu lagi; " Si fulan pergi ke Mekkah dan kembali dalam satu hari sahaja! ".
Dia menjawab; " Iblis mengelilingi bumi dalam masa yang lebih pantas. tetapi dia dilaknat Allah ". ( Sheikh Zuruq, Syarah Al-Hikam ).

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan

23 Mei 2011 ( 12.04 PM )


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More