Find Us

Sunday, May 22, 2011

ASSALAMUALAIKUM





....
...
..
Assalamualaikum wrbt.


فان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن شيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشد ان لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
.
" يأيها الذي ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون ". ال عمران : 102
....
" يأيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس وحدة وخلق منها زوخها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء واتقوا الله الذي تساءلون به والأحام إن الله كان عليكم رقيبا " النساء : 1
....
" يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا يصلح لكم أعملكم ويغفر لكم ذنوبكم ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا غظيما " الأحزاب : 70-71
...
اما بعد، فإن أصدق الحديث كتاب الله، وخير الهدي هدي محمد صلى عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.
..
Setelah sekian lama blog ini bersendirian kerana lupa , akhirnya diizinkan oleh Allah ta'ala untuk kembali mendampinginya. sesungguhnya Allah ta'ala tahu akan kebaikan atas segala yang berlaku.
...

Aku berharap segala apa yang ditulis dan dicatat di dalam blog ini dapat memberi manafaat yang berguna kepada semua, dan jika terdapat perkara yang kurang tepat faktanya dan tidak benar hujahnya, maka aku meminta kepada sesiapa sahaja agar dapat membetulkan dan menegur ku. Aku menarik segala yang salah itu, disebabkan kerana mazhabku adalah mazhab yang bertepatan dengan fakta dan hujjah. ( petikkan ini ditiru dan diolah daripada kata-kata Imam Syafi'i )

..
Aku tertarik apabila seorang kawanku bertanya tentang siapakah wali Allah Ta'ala yang disebut didalam hadith kudsi ;

" من عادى لي وليا فقد اذنته بالحرب "
" barang siapa yang memusuhi wali-ku, Aku telah mengizinkannya untuk diperangi ". ( Hadith Al-Bukhari dari Abu Hurairah )
..
Dan pada hadith yang lain juga ada menyebut; " barang siapa memusihi wali-wali Allah Ta'ala, Allah telah mengizinkannya untuk diperangi " ( Hadith Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Muadz bin Jabal ; hadith sahih ).
..
Siapakah wali Allah yang dimaksudkan?

...
Apabila kita bertanya kepada mesyarakat mesir kebanyakkanya berkeyakinan bahawa para wali tersebut adalah terdiri daripada golongan-golongan tertentu yang diketuai oleh Sayyidah Zainab, dan diantaranya adalah Ahmad al-Badawi, Abdul Qadir Al-Jailani, Ahmad Ar- Rafa'i dan Ibrahim Ad-Dasuqi.
...
Dimana mereka mendakwa hanya itulah sahaja yang layak bergelar wali-wali Allah. Inilah yang akan terjadi jika kita ghulu dalam berjamaah yang mana sikap tersebut telah membinasakan umat-umat sebelum kita, dan perkara tersebut telah dicela oleh Allah Ta'ala terhadap Ahli kitab.
...
Firman Allah;
" katakanlah; ' hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang batil dalam agamamu, dan jangalah kamu mengikut hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya..." ( Surah Al-Maa'dah : 77 ).
...
Sabda Rasulullah s.a.w;
" berjaga-jagalah kamu terhadap perbuatan ghulu dan melampau dalam hal agama, dan sesungguhnya sebahagian kaum sebelum kamu telah binasa disebabkan perbuatan melampaui dalam agama " ( Hadith Ahmad dari Ibnu Abbas ).
...
.....
Maka siapakah yang dapat kita ketogorikan sebagai wali Allah. Di dalam Al-Quran Allah ta'ala ada menyebut tentang siapakah wali-wali tersebut, akan tetapi ia hanyalah bersifat umum. Adapun perbincangan dikalangan para ulama' tentang hal ini amat luas dalam menentukan syarat-syarat dan skop-skop kelayakan dalam menentukan siapakah wali Allah itu.
...
Diantara dalil-dalil tentang sifat bagi wali-wali Allah, ialah firman Allah Ta'ala;
"... dan sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada rasa takut dalam diri mereka dan tidak juga adanya rasa sedih di dalam hati-hati mereka. mereka adalah dari kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..." ( Surah Yunus ; 62-63 ).
...
" Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beseerta orang-orang yang berbuat baik ". ( Surah Al-Ankabut ; 69 ).
...
" sesungguhnya orang-orang yang betaqwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka akan ingat kepada Allah, maka ketika itu jugalah mereka akan menyesal atas perbuatan dan kesalahan mereka ". ( Surah Al-A'raf : 201 ).
...
Dalil-dalil diatas secara umumnya menerangkan tentang ciri-ciri yang dikatakan wali Allah ta'ala. Adakah wali-wali Allah Ta'ala terdiri daripada para Nabi dan Rasul sahaja, atau juga daripada sahabat dan khulafa Ar-Rashidin. Malah dikalangan para ulama' dalam menjastifikasikan siapakah mereka itu padanya pendapat- yang pelbagai.
...
kata Sheikh Qaradawi; " Adapun wali Allah itu adalah orang-orang yang beriman, bertaqwa, bertauhid, dan beristiqamah. mereka adalah orang-orang yang menlaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya ". ( Fusul fi Al-Aqidah Al-Salaf Wa Al-Khalaf ).
...
Kata Al-Allamah Al-Alusi : " Sesungguhnya tidak disyaratkan kepada wali itu mendapat karamah, sebagaimana nabi disyaratkan keatasnya mendapat mukjizat, namun istiqamah itu cukup baginya ssebagai karamah ". ( diambil riwayatnya daripada Abu Yazid ).
...
Kata Sahl At-Tustari : " bagiku, seseungguhnya ia adalah akhlak yang tercela diganti oleh Allah dengan akhlak yag terpuji menjadikan perkara itu terbaik bagi seseorang ". (Sheikh Al-Zuruq, Syarah Al-Hikam ).
....
Akhir kata, wali Allah tu adalah satu makam ataupun darjat yang diberikan oleh Allah disebabkan faktor-faktor yang melayakkan seseorang itu mendapatnya, adapun bagi kita untuk mengangkat mereka lebih daripada para nabi dan Rasul adalah sesuatu perbuatan terlalu jauh dan bercanggah daripada manhaj dan pegangan golongan Salaf.
...
Sheikh Zaruq didalam kitabnya mendatangkan suatu contoh yang baik bagi golongan yang Ghulu dalam mengangkat wali itu lebih daripada yang sepatutnya, iaitu;
...
Abu Yazid pernah diberitahu; " Si fulan berjalan diatas air! "
- Dia menjawab; " Ikan itu lebih lebat daripadanya, kerana itu adalah sifatnya".
Dia diberitahu lagi; " sifulan terbang di atas udara! ".
- Dia menjawab; " Burung itu lebih hebat daripadanya, kerana itu adalah sifatnya ".
Dia diberitahu lagi; " Si fulan pergi ke Mekkah dan kembali dalam satu hari sahaja! ".
Dia menjawab; " Iblis mengelilingi bumi dalam masa yang lebih pantas. tetapi dia dilaknat Allah ". ( Sheikh Zuruq, Syarah Al-Hikam ).

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan

23 Mei 2011 ( 12.04 PM )


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More