Find Us

Saturday, February 15, 2014

KONVENSYEN SUNNAH "MEMPERKUKUH JATI DIRI DALAM MANHAJ DAN DAKWAH"

Assalamualaikum wrtb,

Telah berlangsungnya Konvensyen Sunnah 2014  pada 15 Februari 2014 bertempat di The Royale Chulan, kl dengan teman konvensyen kali ini ialah "Memperkukuh Jati Diri Dalam Manhaj Dan Dakwah". Majlis telah dirasmikan oleh tuanku muda raja perlis dan dif jemputan kehormat iaitu Attache Kedutaan Diraja Arab Saudi, Dr abdul Rahman M. Albelaihi. Turut hadir Dato Seri Shahidan Kasim, Menteri di jabatan Perdana Menteri dan Dr Asri Zainal Abidin.



Konvensyen berlangsung selama sehari suntuk bermula pukul 8 pagi sehingga 7 petang. Pelbagai penal yang ditonjolkan dalam konvensyen kali ini melibatkan pelbagai latar belakang akademik dan kaum. Di antara tajuk- tajuk yang diperbincangkan adalah,  Pengalaman Zaman Membentuk Jati Diri, Istiqamah Dan Hikmah Dalam Berdakwah Menghadapi Zaman Berubah, Dakwah Melangkah Sempadan, Generasi Baru Cabaran Baru, Memperkukuh Jatidiri Dalam Manhaj Dan Dakwah.


Ramai yang hadir dalam konvensyen tersebut. Kouta yang ditetapkan hanyalah berjumlah 1,200 orang peserta sahaja. Maka, setiap peserta yang tidak mendaftar, terpaksa datang awal untuk mendaftar secara walk in. first come first serve. Aku sendiri bertolak dari rumah pada pukul 7.15 agar kouta yang disediakan tidak penuh, punyalah semangat.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More