Find Us

Monday, January 18, 2010

Biar aku disini menanggung rindu hingga waktu berhenti




Assalamualaikum wrbt.


Perasaanku mula luluh pabila baris-baris terakhir dari novel yang ku pegang itu dibaca dan dilayani dengan penuh perasaanku. Ketika itu, keadaanku tidak menentu dan dibelenggu rasa bersalah disebabkan guruku sedang mengajar dihadapanku. Akan tetapi rasa bersalah itu di bidas atas sebab apa yang diajarnya hanyalah ulangan pembelajar pada slot pertama tadi.

Dalam keadaan sedikit menyorok aku menghabiskan bacaanku, biarpun diwaktu itu aku tidak dapat menahan akan kegelisahanku disebabkan guruku hanya selang 2 meja dihadapanku. Walauapapun yang akan terjadi aku bertekad di hati untuk tetap akan menghabiskan bacaanku itu sebelum kami beralih ke pembelajaran yang lain.

Pengakhiran cerita yang agak menarik diketengahkan oleh penulis novel tersebut, dan aku juga termasuk diantara orang-orang yang mula menaruh harapan yang mendalam bagi mendapatkan sebuah " kebahagian " yang mengagumkan, sepertimana setiap pembacanya jika dilihat pada permulaan novel dibahagian komentar pembaca. Aku berkata di hatiku ini, " Adakah Di alam yang nyata ini benar-benar wujud manusia seperti ' dia ' ?... jika ' dia ' benar-benar wujud maka siapakah manusia yang amat beruntung dapat memiliki dan menawan hatinya ".

ku jatuh dari angan-anganku pabila mendengar detuman bunyi papan hijau ditumbuk lalu menjadikan aku kembali mengambil perhatian pada pelajaranku. Guruku itu selalu melakukan perkara tersebut untuk memberikannya semangat pabila mengajar di dalam kuliah, itu yang dapat ku rasakan.



Tepat 6.30 p.m kuliahku berakhir, dan akan disambung pada mingu yang akan datang. Keadaan diluar telahpun gelap, aku berjalan terus menuju ke rumah dengan sedikit pantas untuk mengejar waktu maghrib agarku tidak terlalu lewat untuk mengerjakannya. Teringat kan aku berkenaan sabda Rasulullah s.a.w berkenaan solat perlulah pada waktunya.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Aku telah bertanya Nabi s.a.w : Amalan manakah yang dicintai Allah? Baginda menjawab : solat pada waktunya, Aku bertanya baginda lagi, kemudian apa? baginda menjawab : kemudian berbakti kepada kedua ibu bapa, Aku bertanya lagi, kemudian apa?, baginda menjawab : berjihad dijalan Allah ".( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari )


Dan ianya juga disokong dengan hadith sohih yang membicarakan berkenaan perkara yang sama. Iaitu sabda Rasulullah s.a.w :

Dari Anas r.a : " Aku bertanya Rasulullah s.a.w, Apakah amalan yan lebih disukai Allah?, sabda baginda : solat pada waktunya ". ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dan Muslim ).


Mengingatkan akan hadith tersebut membuatkan diriku makin pantas membuka langkah. Tiba di rumah aku meletakkan beg sandangku di atas mejaku lalu melangkahkan kaki ke dalam tandas. Selasai solat, aku terus ke laptopku mencari sesuatu yang dapat aku kerjakan agar ia memenuhi malam sehingga penghabisan waktunya. Pertengahan malam yang agak sunyi, hatiku tiba-tiba tersentak memikirkan akan arah tuju hidupku pada masa hadapan. Adakah aku sudah bersedia untuk mencari " kebahagian " ataupun aku perlu meneruskan pembelajaranku sehingga ke peringkat M.A. Aku teringat akan janji ku kepada ibuku, biarpun ianya hanya dianggap gurauan buat diriku dan ibuku, tetapi pada hakikatnya ia sebenarnya adalah target dalam hidupku, ' Iaitu berkahwin selepas memperolehi M.A ".


" Aku tidak lagi mampu untuk menanggung setubuh wanita yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diriku bagi memenuhi keperluan hidup bersamanya, disebabkan hidupku masih dibelenggu dengan kesamaran " . Jawabku bersendirian. Ini kerana agamaku amat mengambil berat tentang prihal wanita agar kaum hawa itu dijaga dengan sempurna atas dasar amanah dan keadilan. Terdengar keindahan dan kelunakan bacaan Al-Quran datang dari laptopku yang mana ayat yang dibacanya kebetulan menceritakan berkenaan prihal berbuat baik kepada wanita .


Firman Allah TAala :

" Dan gaulilah mereka dengan cara yang baik, dan jika kamu tidak menyukai mereka ( maka bersabarlah ), boleh jadi kamu hanya tidak menyukai sesuatu ( darinya ), padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepdanya " ( Surah An-Nisa' : 19 ).


Keindahan ayat tersebut membuatkan aku tunduk kepada maha pencipta dan pada perintahnya terhadap sekian manusia. Ia benar-benar menjadikan diriku begitu menghargai kaum hawa di dalam hidupku. Disampaing ia mengingatkan aku akan hafalanku berkenaan hadith yang menyentuh perkara yang sama. Aku cuba untuk mengungkapkan kembali nas hadith tersebut berulang kali, akhirnya ternyata hafalanku akan hadith tersebut tidak lumpuh.


Sabda Rasulullah s.a.w :

" Berpesanlah kalian agar berbuat baik kepada kaum wanita, kerana wanita itu dicipta dari tulang rusuk, dan bahagian yang paling bengkok itu adalah pada bahagian paling atas. Jika engkau berusaha untuk meluruskannya, nescaya kamu akan mematahkannya, dan jika kamu membiarkan ia, maka ia kan terus bengkok. Maka berpesanlah agar kamu berbuat baik kepada kaum wanita " ( Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari dan Muslim ).


Dan sabdanya lagi :

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah oranag yang paling baik dikalangan kamu terhadap keluargaku ". ( Hadith riwayat Al-Imam Tirmidzi , disahihkan oleh Al-Bani dalam Sahih Al-jami' ).


Air mataku mula mengalir keluar pabila membayangkan akan bahagiannya kehidupan keluarga Rasulullah s.a.w. " Adakah aku dapat mengecapi kebahagian yang sama seperti itu ? ". aku bertanya diriku tanpa sebarang jawapan.


Wallahhu Ta’ala A’lam…

" Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) "

Surah An-Nisaa’ : 59 .


minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

18 JANUARI 2010 ( 00.12 A .m )



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More