Find Us

Saturday, June 18, 2011

Ikhlas syarat istiqamah

...
Assalamualaikum wrbt…

Apabila kita memperkatanan berkenaan sifat keikhlasan, di mana ia adalah satu kelakuan yang amat bergantung atas diri seseorang tanpa ia boleh dinilai oleh sesiapa pun melainkan Allah Ta’ala samaada ia ikhlas mahupun tidak semasa ia melakukannya. Namun, ikhlas pada hakikatnya sesuatu yang ringan di lidah untuk diperkatakan, akan tetapi amat berat dalam penghayatannya. Ramai mana yang mendakwa dirinya ikhlas, akan tetapi belum tentu ia ikhlas sebenar-benarnya.………………

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) :

” Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta membayar zakat, dan demikian itulah agama yang benar “.( Surah Al-Bayyinah : 5 ).

keikhlasan seseorang itu, amat sukar untuk diukur dan sukar juga untuk ia dinilai diatas perbuatan seseorang semasa ia melaksanakannya. Akan tetapi, ia mungkin dapat dilihat akan keikhlasannya ataupun kejujurannya selepas selesainya sesuatu perkerjaan yang ia lakukan. walaubagaimanapun, keikhlasan itu perlulah bersama-samanya ketepatan dengan berlandaskan Al-Quran mahupun As-Sunnah. Ini kerana, tiada nilainya keikhlasan seseorang itu dengan apa yang ia telah lakukan, melainkan perbuatannya bertepatan dengan Al-Quran mahupun As-Sunnah.

Kata seorang sufi, Fudhail bin I’yad : ” sesungguhnya keikhlasan itu perlulah bersamanya ketepatan ( ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah ), jika sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas tanpa baginya ketepatanan ( Al-Quran dan As-Sunnah ) maka ianya tidak diterima, samalah seperti satu perbuatan itu bertepatan dengannya akan tetapi tanpa padanya keikhlasan, maka iapun tidaklah diterima, sehinggalah keikhlasan itu ada bersamanya ketepatan dengan Al-quran Mahupun As-Sunnah “. ( I’lam Al-Mauqi’in )

Perkara ini, samalah seperti seorang yang selalu mendakwa dirinya berdakwah untuk agama, berjuang untuk agama, berkerja untuk agama, dengan parti berlebalkan agama, dan mungkin juga tujuan dan niatnya yang ikhlas untuk agama. Akan tetapi pada masa yang sama, sewaktu ia berceramah ataupun berucap dimerata-rata tempat, tidak terlepas bagi lidahnya untuk membuka aib dengan memperkatakan keburukan pihak lawan tanpa adanya keperluan baginya, kemungkinan ia hanya bertujuan meraih sokongan untuk dirinya.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Nabi s.a.w apabila ditanya : seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar ia dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah diantara mereka yang berada dijalan Allah ? Sabda Rasulullah : sesiapa berpereng untuk meninggikan kalimah Allah ( tertinggi ), maka ia berada dijalan Allah “. ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

Hal keikhlasan ini, bukannya satu perkara yang baru diperkatakan. Bahkan ia sudah diperbahaskan semenjak zaman Rasulullah s.a.w berkenaan dangannya. Akan tetapi, ia perlu di atas jalan istiqamah dalam melakukannya.……

Sabda Rasulullah dari sufyan bin abdillah r.a :…….

” Bertanya sufyan r.a : wahai Rasulullah, beritahuku dalam islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa melainkan engkau, Sabda Rasulullah s.a.w :” Katakan : aku beriman dengan Allah, kemudian engkau beristiqamah “. ( Hadith riwayat Muslim )….

Kata Saidina Umar bin Al-Khattab : ” isitqammah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-rubah seperti musang “. ( Tahzib Madarij Al-Salikin, J 2, m/s : 528 ).

Demikian insan, perlulah beristiqamah dalam pendiriannya mahupun perbuatannya agar ia tidak disalah ertikan. Birapun apa halangan yang menimpa, mahupun ranjau yang mendatang, ia perlu meneguhkan istiqamahnya daripada ia goyah dengan berlandaskan keikhlasan hanya kerana Allah Ta’ala.

Kata Ibrahim bin Adham : ” Keikhlasan itu ialah ia benar-benar niat kerana Allah Ta’ala “. Berkata Abu Uthman : ” keikhlasan itu adalah melupakan ia pada pandangan insan dengan hanya memandang kepada pencipta “. ( Ihya Ulum Al-Din, J 4, m/s : 3170 ).

Berkata Al-Imam Ibn Qayyim : ” Sesungguhnya seorang hamba, jika ia mengikhlaskan niatnya kerana Allah Ta’ala, ikhlasnya pada tujuannya, kemahuannya dan perbuatannya, hanya kerana Allah. maka sesungguhnya Allah bersamanya “. ( Jami’ Al-Fiqhi, J 1, m/s : 62 ).

Nas-nas diatas, jelas menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan dan ketepatan dengan Al-Quran dan As- Sunnah dalam perbuatan yang kita lakukan, kerana ia adalah diantara perkara yang dipertimbangkan dalam penerimaan amalan yang dilakukan, samaada ia dikira pahala mahupun dosa disisi Allah Ta’ala.

Wallahhu Ta’ala a’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .


minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

18 Jun 2011 ( 2.20 PM )

……

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More