Find Us

Tuesday, July 26, 2011

bulan muamalat di negeri pahang














PELANCARAN BULAN MUAMALAT DI NEGERI PAHANG

Berpusat di Masjid negeri Pahang, telah berlangsungnya pembukaan bulan muamalat bagi negeri Pahang dari 21-24 julai 2011, tujuan utama pelancaran bulan muamalat tersebut adalah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat islam khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya tentang kepentingan dan kelebihan yang terdapat pada sistem perbankan islam. Beberapa buah bank turut mengambil bahagian dalam pelancaran majlis tersebut diantaranya Bank Muamalat, Bank Islam, Tabung haji, Maybank dan lain-lain.



Di sana juga terdapat beberapa pengisian yang amat bermanafaat kepada pengunjung untuk mengatahui lebih dekat berkanaan maksud sebenar Perbankan Islam itu sendiri. Diantara aktiviti yang diadakan disitu adalah, pembentagan kertas kerja daripada penasihat-penasihat syariah bank yang terlibat, khutbah jumaat yang menyentuh berkenaan perbankan Islam, tayangan-tayanan video berkeaan perbankan Islam, pembukaan kuanter-kuanter pendaftaran dan pertanyaan daripada pihak-pihak bank yang terlibat dan sebagainya.

PENGENALAN TENTANG PERBANKAN ISLAM



Muamalat adalah merupakan salah satu daripada cabang ilmu Fiqh yang membincangkan aspek-aspek urusniaga seperti jual beli, sewa, cagaran, dan sebagainya. Akan tetapi, pada masa sekarang perkembangan ilmu fiqh menjadikan ianya begitu luas dalam praktikal sebenar iaitu merangkumi bidang-bidang penting dalam sesebuah negara islam seperti perbankan, kewangan, pasaran modal, dan sebagainya.

Dimana tujuan sebenar muamalat adalah berkait rapat dengan konsep keadilan dan ihsan. Yang mana kedua-dua konsep tersebut mengambil kira apa yang dikatakan kemaslahatan umum.

HUBUNG KAIT ISLAM DAN KEWANGAN ISLAM


Mengikut pandangan islam, Allah Ta’ala adalah pemilik yang sebenar bagi segala makhluk. Iaitu pemilikan yang dimiliki oleh makhluk adalah bukan pemilikan secara mutlak tetapi ianya milik mutlak Allah Ta’ala.jesteru itu, kekayaan alam ini perlulah dinikmati dan dikongsi berdasarkan hak-hak yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti hak orang miskin, hak orang kaya, penjual, pembeli, dan lain-lain.

Perkara ini jelas melalui firmanNya yang bermaksud;

“ Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepadaku ” ( al-Zariyat : 56 ).

Dan untuk mencapai matlamat ini, manusia perlulah mengikut dan mematuhi agama Islam itu secara menyeluruh, sepertiman firman Allah Ta’ala;

“ Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya ”. ( al-Baqarah : 208 ).

RIBA DAN PENGHARAMANNYA



Elemen-elemen haram dalam transaksi muamalat islam;
• Riba;
• Judi;
• Gharar ( ketidakpastian/ kabur );
• Penipuan atau khianat dan
• Perkhidmatan/barang yang haram.

MAKSUD RIBA


Dari segi bahasa riba bermaksud tambahan atau subur. Sepertimana firman Allah Ta’ala;

فإذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت
“… kemudian apabila kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya, dan gembur membusutnya ia…” ( al-Hajj : 5 ).

“ tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak lain tanpa mendapat imbalan yang wajar ”. ( Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti ).

Seperti contoh; “ Tajuddin memberi pinjaman kepada Ahmad berjumlah Rm 100, dan mensyaraatkan agar Ahmad membayar kepadanya kelak sebanyak Rm110. Tambahan Rm 10 itu dikira sebagai riba”.

DALIL-DALIL PENGHARAMAN RIBA

AL-QURAN AL-KARIM



Ulama’ mutaqaddimin mahupun mutaakhirin bersepakat akan pengharaman riba tanpa ada pencanggahan pendapat mengenainya. Diantara ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah;

“ orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan kerana sentuhan ( syaitan ) itu. Yang demikian… dan sesiapa yang mengulangi lagi ( iaitu mengambil riba ) maka mereka adalah ahli neraka… Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba ( yang belum diambil ), jika benar kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukan ( perintah tinggalkan riba itu ) maka ketahuilah Allah dan rasulNya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa ”. ( al-baqarah : 275-281 ).

Kata ibnu Kathir; “ akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat; ambilah senjata kamu untuk berperang dengan Allah S.W.T ”.

Kata Imam Malik; “ telahku membuka lembaran-lembaran kitab Allah S.W.T dan sunnah Nabi s.a.w dan tidak aku dapati dosa yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah S.W.T mengisytiharkan dan mengizinkan perang ke atasnya ”.

Kata Imam Hanifah; “ inilah ayat di dalam al-Quran yang paling menakutkan ”.

وأخذهم الربوا وقد نهوا عنه وأكلهم أموال الناس بالباطل وأعتدنا للكفرين منهم عذابا أليما
“ Dan juga ( disebabkan ) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan mereka memakan harta orang dengan cara yang batil. Dan ( ingatlah ) kami telah menyediakan bagi orang yang kafir itu diantara mereka azab seksa yang tidak terperi sekitnya ”. ( al-Nisa’ : 161 ).

وما ءاتيتم من ربا ليربوا في أمول الناس فلا يربوا عند الله ومآ ءاتيتم من زكوة تريدون وجه الله فأولئك هم المضعفون
" Dan sesuatu pemberian ( riba yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sesekali akan kembang di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka yang melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda ”. ( al-Rum : 39 )

يأيها الذين ءامنوا لا تأكلوا الربا أضعافا مضاعفة واتقوا الله لعلكم تفلحون
“ wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-lipat ganda; dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah sepaya kamu Berjaya ”. ( al-Imran : 130 )

AL-HADITH AL-SYARIF



لعن الله آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه
“ Allah S.W.T telah melaknat orang yang makan riba orang yang berwakil padanya, jurutulisnya dan saksi-saksinya, dan mereka berkata itu sama sahaja ”. ( Hadith Riwayat Muslim )

إن الربا وإن كثر فعاقبته إلى قل
“ sesungguhnya riba walaupun lumayan tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan kepapaan ( iaitu tidak akan pernah berasa cukup ) ". ( Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim ).

الربا ثلاثة وسبعون بابا ايسرها مثل أن ينكح الرجل أمه
“ Riba mempunyai 73 pintu. Riba yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya ”. ( Hadith Riwayat Ibn Majjah )

درهم ربا يأكل الرجل وهو يعلم أشد من ستة وثلاثين رنية
“ Satu dirham yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengatahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali ”. ( Hadith Riwayat Ahmad dan Darulqutni )

اجتنبوا السبع الموبقات قيل يا رسول الله وما هم قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم وأكل الربا والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات المؤمنات
“ Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, memakan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil ) ”. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )

PANDANGAN TOKOH TEKEMUKA MENGANAI PERBANKAN ISLAM



Potensi Kewangan Islam Di Tengah-Tengah Kemelesetan Ekonomi

“ prospek kewangan islam berterusan menunjukkan perkembangan yang positif walaupun terdapat pelbagai cabaran diperingkat antarabangsa. Masalah krisis kewangan global telah menyebabkan peningkatan bagi sistem perbankan yang lebih telus yang tertakluk kepada pengawalan yang lebih tegas dan praktis pengurusan risiko. Berikutan daripada reformasi kewangan ini, dunia melihat kelainan dalam sistem perbankan yang berbeza dengan sebelum tercetusnya krisis kewangan. Banyak struktur yang dicadangkan baru-baru ini yang secara terbuka menerapkan keperluan-keperluan syariah ”.

Tan sri Dr. Zeti akhtar Aziz
Gabenor
Bank Negara Malaysia

Etika kewangan Islam

“ Prinsip etika yang menjadi dasar kepada kewangan Islam boleh mendekatkan institusi perbankan dengan para pelanggan mereka dan tujuan sebenar yang akan memberikan kesan kepada setiap perkhidmatan”.
Akhbar Rasmi Vatican
Osservatore Ramano Bloomberg
4 Mac 2009



Keadaan Pasaran Global

“ keadaan pasaran global semasa telah memberi kewangan Islam satu peluang yang hebat untuk membuktikan sumbangannya dalam memenuhi ruang-ruang kosong dalam masalah kecairan asset ”.

David Testa
Ketua Eksekutif Bank Gatehouse
Bank Islam ke-5 di Britain

Pope Atau Al-Quran

“ saya fikir, dalam menghadapi krisis ini kita perlu lebih banyak membaca al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita ”.

Vincent Beaufils
Ketua Oengarang Challenges
12 September 2008



Riba Bukan Cara Ekonomi Sebenar

“ Riba diharamkan kerana riba boleh menghalang orang ramai dari terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi sebenar ”.

Imam al-Ghazali
Ilmuan Islam yang Agung


sumber
- Al-Quran -
- Al-Hadith -
- Bank Muamalat -
- Bank Islam -

Friday, July 8, 2011

SIAPA KATA BERSIH HALAL?.



KEWAJIPAN MUSLIM TERHADAP PEMERINTAH ISLAM


Menentukan pendirian dizaman yang penuh kekekiruan dan pancaroba ini merupakan satu yang amat sukar untuk diputuskan dalam kehidupan. Banyak berita yang didengar tidak begitu pasti kebenarannya dan untuk memastikannya pula bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apatah lagi, barangkali zaman sekarang ini zaman yang penuh dengan kekeliruan dan muncul begitu ramai ruwaibidah. Sepertiman yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w;


سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة قيل وما الرويبضة قال الرجل التافه في أمر العامة


“ Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipu daya. Ketika itu, didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu ar-Ruwaibidah. Para sahabat bertanya; siapakah ar-Ruwaibidah ?. sabda nabi s.a.w : orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam ( orang ramai )". ( riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majjah, disahihkan oleh Az-Zahabi ).


Hal ini mungkin berlaku pada zaman sekarang. Oleh itu, jika umat islam tidak berhati-hati, maka ramai pengkhianat akan diangkat sebagai ketua atau pembela masyarakat. Ramai pula yang jujur dan bercakap benar dianggap sebagai pembohong kepada rakyat.


Oleh itu, dalam membuat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan urusan rakyat, perlulah kita meneliti dengan sebaik-baiknya sebelum keputusan dibuat agar tidak mendatangkan keburukan pada diri dan masyarakat setempat. Hal ini berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 bagi menuntut beberapa perkara daripada kerajaan berkenaan sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia dianggap tidak adil dan saksama. Kita tidak membincangkan berkenaan tututan tersebut, tetapi kita membincangkan cara tuntutan itu dilakukan, adakah caranya mengikut syarak mahupun sebaliknya. Adakah dengan keluar memerangi pemerintah itu termasuk perkara yang dibenarkan oleh syarak?.


AL-QURAN MENEGASKAN UMATNYA MENTAATI PEMERINTAH


Firman Allah ta’ala;



أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم


“ taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil ari daripada kalangan kamu" . ( surah an-Nisa’ ; 59 ).


Kata Imam At-Tabari; “ perlulah bagi rakyat itu ikut dan patuh kepada ulil amri, dan pada pemerintah itu perlulah memerintah dengan adil dan saksama, kerana firman Allah ta’ala;



وإذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ الناسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ


“ jika kamu berhukum diantara manusia, seseungguhnya berhukumlah dengan adil ". ( surah an-Nisa’ ; 58 ). ( Imam at-Tabari, tafsir at-Tabari ).


Kata Ibnu Kathir; “ sesungguhnya manusia diwajibkan untuk mentaati pemerintah pada perkara-perkara yang mentaati Allah dan tidak pada perkara-perkara maksiat, kerana tiada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah ta’ala. Sepertimana yang disebut di dalam hadith; “ seseungguhnya ketaatan itu pada perkara yang baik ”. ( Ibnu kathir, tafsir al-Quran al-Azim ).


Firman Allah Ta’ala;



وإذا جاءهم أمر من الأمن أو الخوف أذاعوا به، ولو ردوه إلى الرسول وإلى أولى الأمر منهم لعلمه الذين يستنبطونه منهم ولولا فضل الله عليكم ورحمته لاتبعتم الشيطان إلا قليلا



“ Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanaan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya, padahal kalau mereka kembali sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada ‘ ulil amri ’( orang-orang yang berkuasa ) diantara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya diantara mereka, dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihannyakepada kamu, tentulah kamu ( terbabas ) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja ( iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya diantara kamu ) ”. ( surah an-Nisa ; 83 ).


Kata Abu Hurairah; “ ulil amir yang dimaksudkan itu adalah pemerintah dan penguasa ”. ( al-Baghawi, maalim al-Tanzil ).


Kata Saidina Ali bin Abi Talib; “ kewajiban keatas para pemerintah berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah Ta’ala dan menjalankan amanah, jika itu telah dilakukan olehnya maka perlulah keatas rakyat untuk mendengar dan taat kepada mereka”. ( al- Baghawi, maalim al-Tanzil ).


RASULULLAH S.A.W MENEGASKAN AGAR UMATNYA MENTAATI PEMERINTAH


1. Sabda Rasulullah s.a.w;


" من خلع من طاعة لقي الله يوم القيامة ولا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة، مات ميتة جاهلية ". وفي رواية " من خرج من طاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية . "
“ barang siapa yang menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah. “ ( Riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3441 ).


Dan riwayat lain, “ barang siapa keluar daripada ketaatan dan keluar daripada al-jama’ah lalu mati, dia mati dalam keadaan jahiliah “. ( riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3436 ).

Kata sheikh soleh Uthaimin; “ sesungguhnya mentaati pemerintah itu perlulah mengikuti apa yang diperintahkan tetapi tidak secara mutlak, adapun mentaati perintah Allah dan RasulNya adalah bersifat mutlak, ini kerana jika pemerintah menyeru kepada perbuatan maksiat kepada Allah, maka tidak perlu dengar dan tidak perlu taat, kerana diatas peerintah itu adanya pemerintah yang lebih tinggi iaitu pemerintah seluruh Alam ( Allah ta’ala ). ( Uthaimin, Syarah Riyad al-Salihin ).

2. Sabda rasulullah s.a.w;



" من أطاعني فقد أطاع الله ، ومن عصاني فقد عصى الله ، ومن يطع الأمير فقد أطاعني، ومن يعص الأمير فقد عصاني " .


“ barang siapa yang mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang derhaka kepadaku dia telah derhaka kepada Allah. Barang siapa yang mentaati pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barang siapa yang derhaka kepada pemerintahnya dia telah derhaka kepadaku ”. ( riwayat Bukhari, kitab jihad wa al-Sair, no 2737 ).


Kata Sheikh soleh Uthaimin; “ Rasulullah s.a.w banyak memerintahkan di dalam hadith agar mentaati ulil amri, iaitu mendengar dan mentaati apa yang diperintahkan biarpun mereka memukul belakang kamu dan mengambil harta kamu ”. ( Uthaimin, Syarah Riyad al-Salihin ).


3. Sabda rasulullah s.a.w;



" من أهان السلطان أهانه الله "


“ barang siapa yang nghina pemerintah, Allah akan menghina dia “. ( riwayat Tirmidzi : hadith sahih ) .


4. Sabda rasulullah s.a.w;


" اسمعوا وأطيعوا ، وإن استعمل عليكم عبد حبشي، كأن رأسه زبيبة "


" dengar dan patuh walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba habsyi, yang kepalanya seperti kismis ". ( riwayat Bukhari, kitab al-Ahkam, no 6609 )


5. Sabda rasulullah s.a.w;


" ومن بايع إماما فأعطاه صفقة يده، وثمرة قلبه، فليطعه إن اسنطاع، فإن جاء آخر ينازعه فاضربوا عنق الآخر "


“ barang siapa yang berbai’ah dengan seorang pemimpin, dengan tangan dan hatinya, hendaklah dia mentaatinya jika mampu, sekiranya orang lain datang ingin merampas pemerintahannya, hendaklah kamu penggal kepalanya ”. ( riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3231 ).

6. Sabda rasulullah s.a.w;

"سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله، أرأيت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم، ويمنعمونا حقنا،

"فما تأمرنا؟ فأعرض عنه، ثم سأله، فقال رسول الله صاى الله عليه وسلم : اسمعوا وأطيعوا، فإنما عليهم ما حملوا، وعليكم ما حملتم


“ salamah bin Yazid al-Ju’fi r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata; wahai Nabi Allah, apakah kamu lihat sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan?. Baginda berpaling. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah s.a.w bersabda; hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu ”. ( rawayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3433 ).


7. Sabda rasulullah s.a.w;


" على المرء المسلم السمع والطاعة فيما أحب وكره، إلا أن يؤمر بمعصية، فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة "



“ wajib keatas seseorang muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai atau yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat, sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaatan ”. ( riwayat Bukhari, kitab al-Ahkam, no 6611 ).


8. Berkata huzaifah bin al-yaman r.a;


" كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أساله عن الشر مخافة أن يدركني قال: قلت : يا رسول الله إنا كنا في جاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر؟ قال : نعم، قلت : وهل بعد ذلك الشر من خير؟ قال : نعم وفيه دخن. قلت : وما دخنه ؟ قال : قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هديي تعرف منهم وتنكر. قلت : فهل بعد ذلك الخير من شر؟ قال : نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها. قلت : يا رسول الله صفهم لنا . قال : هم من جلدتنا ويتكلمون بالسشنتنا. قلت : فما تأمروني إن أدركني ذلك؟ قال : تلزم جماعة المسلمين وإمامهم. قلت : فإن لم يكن لهم جماعة ولا إمام؟ قال : فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدركك الوت وأنت على ذلك ". متفق عليه. وفي رواية لمسلم : قال : " يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم الشياطين في جثمان إنس. قال حذيفة : قلت : كيف أصنع يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال : يسمع وتطيع الأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فأسمع وأطع " .



“ telah bertanya manusia kepada Rasulullah s.a.w tantang kebaikan dan aku bertanya tantang kejahatan kerana khuatir aku akan berdepan dengannya. Aku bertanya; Wahai Rasulullah s.a.w, dahulu kami dalam jahiliah dan kejahatan lalu Allah membawa kami dalam kebaikan ini. adakah setelah kebaikan ini ada kejahatan?. Jawab baginda; ya. Aku berkata; setelah kejahatan tu ada kabaikan?. Jawab baginda ; ya dan padanya asap. Aku berkata ; apa asapnya?. Baginda berkata; kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan jalanku. Kamu mengenali sebahagian mereka dan mengingkarinya. Aku berkata; Wahai Rasulullah s.a.w sebutkan sifat-sifat mereka. Baginda berkata; mereka daripada kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku berkata; Apa perintah kamu sekiranya aku bertemu mereka?. Jawab baginda; Hendaklah kamu kekal dalam jemaah islam dan pemerintah mereke. Aku berkata; Sekiranya mereka tidak mempunyai jemaah mahupun imam?. Kata baginda : hendaklah kamu tinggalkan kesemua kumpulan-kumpulan itu walaupun dengan terpaksa menggigit batang pokok sehingga ajal kamu tiba di dalam keadaan begitu ”. ( riwayat Bukhari, kitab al-manaqib, no 3338 ).
Dalam riwayat Muslim; “ baginda berkata; setelah pemergianku akan ada para imam yang tidak mengambil jalanku mahupun sunnahku dan akan ada dikalangan mereka lelaki yang hati mereka hati syaitan dalam badan manusia. Berkata Huzaifah; Aku bertanya; apakah yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu dengannya?. Berkata Baginda; engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakang dan mengambil hartamu. Kamu dengar dan kamu patuh ”.
( riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3435 ).


9. Ubaidah bin al-Samit r. a berkata;


" دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيها أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان " .


“ Nabi s.a.w memanggil kami dan kami berbai’ah ( lafaz janji ) Baginda dan antara yang kami bai’ahkan adalah untuk kami mendengar dan patuh semasa suka atau benci, susah atau senang, dan untuk kami tidak melawan pemerintah kecuali kami melihat kufur yang jelas yang kami ada dalilnya daripada Allah ”. ( riwayat Bukhari , kitab al-fitan, no 6532 ).


kesimpulannya, kita patut menilai perhimpunan BERSIH 2.0 yang ingin diadakan itu adakah mendapat kebenaran daripada pemerintah mahupun tidak, Jika mereka berhujah; " kalau mintak pun sampai kiamat tak akan dapat ". baik, apakah yang dilarang oleh pemerintah itu termasuk daripada perkara-perkara maksiat?. Jika tidak, kita perlulah mematuhinya. Jika mereka berhujah; " Apa salahnya kalau kita keluar hanya untuk menuntut keadilan?. Baik, yang ingin dituntut adalah keadilan, adakah kita bersikap adil jika kita melakukan sesuatu perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kita dan orang lain, tentunya tidak adil. Jika merek berhujah; " Jadinya adakah demostrasi itu haram secara mutlak?. tidak, demostrasi dibolehkan jika berjalan dengan syarat-syarat yang telah ditetapka oleh para ulama', tetapi syarat-syarat tersebut mustahil dapat dipatuhi oleh anggota BERSIH 2.0. Jika mereka berhujah; kami tak akan bersetuju dengan apa yang dikatakan. Baik, kami tidak memaksa, kami datangkan al-Quran dan Hadith sebagai sandaran, jika kamu mempunyai dalil yang lebih kuat daripadanya, datangkan kepada kami untuk dibincangkan, moga-moga kami boleh bersetuju dengan apa yang dibawa.


Wallahu ta'ala a'alam.


rujukan; Al-Quran, Al-Hadith, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Tabari, Sahih Bukhari, Fathul Bari, Sahih Muslim, Maalim tanzil, artikal mentaati pemerintah oleh ustaz Idris Sulaiman.

http://www.minitramways.blogspot.com/
UKM, Bangi, Selangor.
8 Julai 2011 ( 04.53 PM )










Wednesday, June 22, 2011

' BERSIH ' WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH

' BERSIH ' WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Disiarkan pada Jun 22, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan



‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

- sumber -

www.drmaza.com

minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

20 Jun 2011 ( 4.24 PM )

Monday, June 20, 2011

7 tuntutan - BERSIH - 2011


Assalamualaikum WRBT.

Diharap semua berada keadaan sihat walafiat dan dirahmati oleh Allah Ta'ala. Sekarang ini , di dada-dada akhbar, blog-blog, dan sebagainya hangat membincangkan tentang perhimpunan BERSIH 2011 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 jam 2 petang. Perhimpunan tersebut akan bermula di Hadapan Sogo, Masjid jamek dan beberapa lokasi lain ( yang patut dirahsiakan ) akan berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorendum 7 tuntutan BERSIH 2011.

Tepat jam 11.42 AM pada 19 Jun 2011, handphone berbunyi menandakan adanya masej yang telah masuk ke inbox, masej tersebut berbunyi;

" Salam, jemput untuk perjumpaan dgn Yb Khalid Samad di Shah Alam jam 3pm hari ini 19 jun 2011, Perjumpaan akan dikepalai oleh Dr Mohd Asri Za. Berkumpul Di rumah xxxxx jam 1pm. Mohon pengesahan kehadiran "

Perjumpaan yang dimaksudkan, adalah satu perjumpaan dengan Yb Khalid samad di Pejabat Ahli Perlimen Shah Alam yang mana kami diketuai oleh Prof madya Dr. Asri, dan juga turut dihadiri oleh anak kepada usahawan terkenal di Malaysia, pensyarah-pensyarah Universiti, pengendali dan pemilik-pemilik blog, wakil-wakil daripada NGO dan lain-lain iaitu sekitar 35 orang yang hadir. Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengatahui sendiri berkenaan matlamat sebenar diadakan perhimpunan BERSIH 2011 tersebut, apakah tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan, bagaimanakah persiapan penganjur bagi mengadakan perhimpunan tersebut dan beberapa isu lain yang juga dibangkitkan bersama.

Perbincangan tersebut berlangsung sekitar 1 jam setengah yang melibatkan sesi penerangan, lontaran pandangan dan soal jawab daripada kedua-duan belah pihak. Perbincangan tersebut berlangsung secara aman dan ilmiah malah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak YB sendiri. Perbincangan tersebut juga ada menyentuh beberapa isu lain, bahkan diselitkan juga berkenaan isu-isu yang berlaku di Malaysia yang mana kebanyakkan isu tersebut tidaklah diwarwarkan di dada akhbar dan juga di media-media elektronik.

Di antara 7 tuntutan - BERSIH 2011 - kepada pihak kerajaan, boleh dikatakan tuntutan yang sama pernah dituntut pada perhimpunan BERSIH 2007 tetapi malangnya tuntutan tersebut masih tidak dilayan atau diambil cakna oleh pihak kerajaan. Diantaranya ialah;

TUNTUTAN BERSIH 2007;

1. Penggunaan dakwat kekal.
2. Pembesihan daftar pemilihan.
3. Pemansuhan undi pos.
4. Akses kepada Media.

TUNTUTAN BERSIH 2011;

1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21 tahun.
2. Refomasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar.
3. Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali.
4. Capaian media aliran utama untuk perti pembangkang.
5. Tempoh berkempen minimun 21 hari.
6. Kebebasan badan penguatkuasa bertindak berhubung kesalahan pilihan raya.
7. Menghapuskan raswah pilihan raya.

Jika dilihat dan dinilai tuntutan tersebut, bagi seorang yang berakal waras pasti akan berkata ia adalah satu tuntutan yang amat munasabah yang mahukan kepada keadilan, ketelusan, dan kebaikan kepada agama, negara dan rakyat. Dimana sikap sebegini, sepatutnya perlu kita tanam dalam diri agar bersikap adil dalam menilai apa jua perkara tanpa mengira siapa yang menuntut dan siapa yang dituntut. Adapun apa yang diperkatakan ini bukanlah satu persetujuan berkenaan perhimpunan BERSIH 2011 , tetapi apa yang ingin ditekankan di sini ialah tuntutan BERSIH 2011 iaitu satu tuntutan yang baik matlamatnya dan kehendaknya yang perlu diberi sokongan oleh rakyat Malaysia Khasnya dan dunia luar amnya.

Apabila ditanya, Adakah pihak penganjur dapat mengawal keadaan aman semasa berlangsungnya perhimpunan tersebut?. Jawap Yb: insyallah dapat !, dimana pihak penganjur akan menempatkan dan menghantar unit amal yang terlatih bagi mengawal keadaan agar kekal aman sepanjang perhimpunan tersebut jika tiada sebarang provokasi daripada mana-mana pihak tertentu. Dan ditanya lagi, Adakah pihak penganjur boleh memberi jaminan keamanan akan berlaku sepanjang perhimpunan tersebut?. Jawab Yb : Pihak penganjur tidak dapat menjamin perkara tersebut. Ditanya lagi, Adakah peserta yang akan menghadiri perhimpunan tersebut telah diberi taklimat tentang larangan membuat sebarang kekacauan dan larangan bertindak agresif?. Jawab Yb ; tidak, tetapi Insyallah, mereka semua sedia maklum bahawa perhimpunan tersebut perlu dibuat secara aman. Ditanya lagi, Adakah pihak penganjur tidak memikirkan kesesakan yang akan berlaku pada jalan-jalan tertentu dan mengakibatkan kerugian peniaga-peniaga ditempat tersebut. Jawab Yb ; saya mengatakan bahawa, jika kesesakan berlaku dikebanyakkan jalan-jalan utama seperti di sg. Buloh dan sebagainya, ia adalah satu petanda yang baik menunjukkan bahawa rakyat amat perihatin tentang hak-hak mereka dan mereka bersuara bersama-sama kami dalam menuntut hak-hak rakyat. Berkenaan kerugian yang ditanggung oleh peniaga ditempat tersebut, saya tidak fikir itu berlaku, kebanyakkan mereka akan memperolehi keuntungan besar disebabkan ramai yang akan membeli makanan, minuman dan sebagainya malah sebahagian mereka akan pergi membeli belah selepas selesai perhimpunan tersebut kerana mereka bukanlah selalu ada kelapangan untuk pergi ke ibu kota, dan inilah masanya. lebih menguntungkan perniaga adalah !, rugi itu adalah satu isu yang dipolitikkan.

Begitulah sebahagian kecil daripada sesi soal jawab yang berlaku sepanjang perjumpaan tersebut, dan kita juga sedia maklum bahawa terdapat beberapa para ulama' Malaysia yang telah mengeluarkan fatwa tentang perhimpunan tersebut. Ada yang mengatakan halal dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi jika hendak mengadakannya, dan ada juga yang mengatakan ianya haram atau bercanggah dengan prinsip islam dengan bernaskan-dalil-dalil yang menegaskan agar umat islam dituntut mentaati pemerintah. Adapun yang mana satu pilihan fatwa yang disukai, tetapi ingatlah bahawa umat islam perlulah memikirkan kebaikan itu mengatasi keburukan dalam apa jua perkara, cuba kita fikirkan jika kita mengadiri perhimpunan tersebut adakah kebaikan melebihi keburukan, apakah kesan-kesan yang berlaku jika kita menghadirinya, apakah pandangan orang non-muslim terhadap agama jika kita menghadirinya dan banyak lagi yang perlu kita tanya dan hitung sebelum membuat keputusan tersebut.

Ada masa lagi untuk kita beristikharah memohon petunjuk daripada Allah Ta'ala supayadiberikan kata putus atau petunjuk yang terbaik agar kita sentiasa tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat pentunjuk yang benar iaitu petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Pesan Rasulullah s.a.w di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abi Huraurah:

" sebaik-baik orang islam itu adalah meninggalkan perkara yang tidak berfaedah " ( Hadith riwayat Tirmidzi : hadith Hassan ).

Kata Sheikh Ibn Bazz; " Sebaik-baik orang islam itu, dia tidak menyubukkan dirinya di dalam perkara-perkara yang tidak bermanafaat, bahkan apa yang perlu ialah dia menyibukkan dirinya dalam mempelajari ilmu kerana ilmu itu memberi manafaat kepadanya dan kepada orang lain dengan manafaat yang besar".

Semoga kita mendapat manafaat daripadanya dan beroleh hidayah sepertimana hidayah yang diberikan Allah kepada Rasulullah s.a.w, para sahabat, dan para tabi'in. wallahu ta'ala a'alam.

- gambar -

di hadapan pejabat

semasa perbincangan

penerangan daripada YB

Diluar perkarangan pejabat

Poster BERSIH 2011 -1-

Poster BERSIH 2011 -2-

Wallahhu Ta’ala a’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .


minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

20 Jun 2011 ( 4.24 PM )


Saturday, June 18, 2011

Ikhlas syarat istiqamah

...
Assalamualaikum wrbt…

Apabila kita memperkatanan berkenaan sifat keikhlasan, di mana ia adalah satu kelakuan yang amat bergantung atas diri seseorang tanpa ia boleh dinilai oleh sesiapa pun melainkan Allah Ta’ala samaada ia ikhlas mahupun tidak semasa ia melakukannya. Namun, ikhlas pada hakikatnya sesuatu yang ringan di lidah untuk diperkatakan, akan tetapi amat berat dalam penghayatannya. Ramai mana yang mendakwa dirinya ikhlas, akan tetapi belum tentu ia ikhlas sebenar-benarnya.………………

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) :

” Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta membayar zakat, dan demikian itulah agama yang benar “.( Surah Al-Bayyinah : 5 ).

keikhlasan seseorang itu, amat sukar untuk diukur dan sukar juga untuk ia dinilai diatas perbuatan seseorang semasa ia melaksanakannya. Akan tetapi, ia mungkin dapat dilihat akan keikhlasannya ataupun kejujurannya selepas selesainya sesuatu perkerjaan yang ia lakukan. walaubagaimanapun, keikhlasan itu perlulah bersama-samanya ketepatan dengan berlandaskan Al-Quran mahupun As-Sunnah. Ini kerana, tiada nilainya keikhlasan seseorang itu dengan apa yang ia telah lakukan, melainkan perbuatannya bertepatan dengan Al-Quran mahupun As-Sunnah.

Kata seorang sufi, Fudhail bin I’yad : ” sesungguhnya keikhlasan itu perlulah bersamanya ketepatan ( ia dengan Al-Quran dan As-Sunnah ), jika sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas tanpa baginya ketepatanan ( Al-Quran dan As-Sunnah ) maka ianya tidak diterima, samalah seperti satu perbuatan itu bertepatan dengannya akan tetapi tanpa padanya keikhlasan, maka iapun tidaklah diterima, sehinggalah keikhlasan itu ada bersamanya ketepatan dengan Al-quran Mahupun As-Sunnah “. ( I’lam Al-Mauqi’in )

Perkara ini, samalah seperti seorang yang selalu mendakwa dirinya berdakwah untuk agama, berjuang untuk agama, berkerja untuk agama, dengan parti berlebalkan agama, dan mungkin juga tujuan dan niatnya yang ikhlas untuk agama. Akan tetapi pada masa yang sama, sewaktu ia berceramah ataupun berucap dimerata-rata tempat, tidak terlepas bagi lidahnya untuk membuka aib dengan memperkatakan keburukan pihak lawan tanpa adanya keperluan baginya, kemungkinan ia hanya bertujuan meraih sokongan untuk dirinya.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” Nabi s.a.w apabila ditanya : seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar ia dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah diantara mereka yang berada dijalan Allah ? Sabda Rasulullah : sesiapa berpereng untuk meninggikan kalimah Allah ( tertinggi ), maka ia berada dijalan Allah “. ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

Hal keikhlasan ini, bukannya satu perkara yang baru diperkatakan. Bahkan ia sudah diperbahaskan semenjak zaman Rasulullah s.a.w berkenaan dangannya. Akan tetapi, ia perlu di atas jalan istiqamah dalam melakukannya.……

Sabda Rasulullah dari sufyan bin abdillah r.a :…….

” Bertanya sufyan r.a : wahai Rasulullah, beritahuku dalam islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa melainkan engkau, Sabda Rasulullah s.a.w :” Katakan : aku beriman dengan Allah, kemudian engkau beristiqamah “. ( Hadith riwayat Muslim )….

Kata Saidina Umar bin Al-Khattab : ” isitqammah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-rubah seperti musang “. ( Tahzib Madarij Al-Salikin, J 2, m/s : 528 ).

Demikian insan, perlulah beristiqamah dalam pendiriannya mahupun perbuatannya agar ia tidak disalah ertikan. Birapun apa halangan yang menimpa, mahupun ranjau yang mendatang, ia perlu meneguhkan istiqamahnya daripada ia goyah dengan berlandaskan keikhlasan hanya kerana Allah Ta’ala.

Kata Ibrahim bin Adham : ” Keikhlasan itu ialah ia benar-benar niat kerana Allah Ta’ala “. Berkata Abu Uthman : ” keikhlasan itu adalah melupakan ia pada pandangan insan dengan hanya memandang kepada pencipta “. ( Ihya Ulum Al-Din, J 4, m/s : 3170 ).

Berkata Al-Imam Ibn Qayyim : ” Sesungguhnya seorang hamba, jika ia mengikhlaskan niatnya kerana Allah Ta’ala, ikhlasnya pada tujuannya, kemahuannya dan perbuatannya, hanya kerana Allah. maka sesungguhnya Allah bersamanya “. ( Jami’ Al-Fiqhi, J 1, m/s : 62 ).

Nas-nas diatas, jelas menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan dan ketepatan dengan Al-Quran dan As- Sunnah dalam perbuatan yang kita lakukan, kerana ia adalah diantara perkara yang dipertimbangkan dalam penerimaan amalan yang dilakukan, samaada ia dikira pahala mahupun dosa disisi Allah Ta’ala.

Wallahhu Ta’ala a’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .


minitramways.blogsopt.com

Kajang, Selangor Darul Ihsan.

18 Jun 2011 ( 2.20 PM )

……

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More