KEWAJIPAN MUSLIM TERHADAP PEMERINTAH ISLAM
Menentukan pendirian dizaman yang penuh kekekiruan dan pancaroba ini merupakan satu yang amat sukar untuk diputuskan dalam kehidupan. Banyak berita yang didengar tidak begitu pasti kebenarannya dan untuk memastikannya pula bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apatah lagi, barangkali zaman sekarang ini zaman yang penuh dengan kekeliruan dan muncul begitu ramai ruwaibidah. Sepertiman yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w;
سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة قيل وما الرويبضة قال الرجل التافه في أمر العامة
“ Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipu daya. Ketika itu, didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu ar-Ruwaibidah. Para sahabat bertanya; siapakah ar-Ruwaibidah ?. sabda nabi s.a.w : orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam ( orang ramai )". ( riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majjah, disahihkan oleh Az-Zahabi ).
Hal ini mungkin berlaku pada zaman sekarang. Oleh itu, jika umat islam tidak berhati-hati, maka ramai pengkhianat akan diangkat sebagai ketua atau pembela masyarakat. Ramai pula yang jujur dan bercakap benar dianggap sebagai pembohong kepada rakyat.
Oleh itu, dalam membuat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan urusan rakyat, perlulah kita meneliti dengan sebaik-baiknya sebelum keputusan dibuat agar tidak mendatangkan keburukan pada diri dan masyarakat setempat. Hal ini berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 bagi menuntut beberapa perkara daripada kerajaan berkenaan sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia dianggap tidak adil dan saksama. Kita tidak membincangkan berkenaan tututan tersebut, tetapi kita membincangkan cara tuntutan itu dilakukan, adakah caranya mengikut syarak mahupun sebaliknya. Adakah dengan keluar memerangi pemerintah itu termasuk perkara yang dibenarkan oleh syarak?.
AL-QURAN MENEGASKAN UMATNYA MENTAATI PEMERINTAH
Firman Allah ta’ala;
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم
“ taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil ari daripada kalangan kamu" . ( surah an-Nisa’ ; 59 ).
Kata Imam At-Tabari; “ perlulah bagi rakyat itu ikut dan patuh kepada ulil amri, dan pada pemerintah itu perlulah memerintah dengan adil dan saksama, kerana firman Allah ta’ala;
وإذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ الناسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
“ jika kamu berhukum diantara manusia, seseungguhnya berhukumlah dengan adil ". ( surah an-Nisa’ ; 58 ). ( Imam at-Tabari, tafsir at-Tabari ).
Kata Ibnu Kathir; “ sesungguhnya manusia diwajibkan untuk mentaati pemerintah pada perkara-perkara yang mentaati Allah dan tidak pada perkara-perkara maksiat, kerana tiada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah ta’ala. Sepertimana yang disebut di dalam hadith; “ seseungguhnya ketaatan itu pada perkara yang baik ”. ( Ibnu kathir, tafsir al-Quran al-Azim ).
Firman Allah Ta’ala;
وإذا جاءهم أمر من الأمن أو الخوف أذاعوا به، ولو ردوه إلى الرسول وإلى أولى الأمر منهم لعلمه الذين يستنبطونه منهم ولولا فضل الله عليكم ورحمته لاتبعتم الشيطان إلا قليلا
“ Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanaan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya, padahal kalau mereka kembali sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada ‘ ulil amri ’( orang-orang yang berkuasa ) diantara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya diantara mereka, dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihannyakepada kamu, tentulah kamu ( terbabas ) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja ( iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya diantara kamu ) ”. ( surah an-Nisa ; 83 ).
Kata Abu Hurairah; “ ulil amir yang dimaksudkan itu adalah pemerintah dan penguasa ”. ( al-Baghawi, maalim al-Tanzil ).
Kata Saidina Ali bin Abi Talib; “ kewajiban keatas para pemerintah berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah Ta’ala dan menjalankan amanah, jika itu telah dilakukan olehnya maka perlulah keatas rakyat untuk mendengar dan taat kepada mereka”. ( al- Baghawi, maalim al-Tanzil ).
RASULULLAH S.A.W MENEGASKAN AGAR UMATNYA MENTAATI PEMERINTAH
1. Sabda Rasulullah s.a.w;
" من خلع من طاعة لقي الله يوم القيامة ولا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة، مات ميتة جاهلية ". وفي رواية " من خرج من طاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية . "
“ barang siapa yang menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah. “ ( Riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3441 ).
Dan riwayat lain, “ barang siapa keluar daripada ketaatan dan keluar daripada al-jama’ah lalu mati, dia mati dalam keadaan jahiliah “. ( riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3436 ).
Kata sheikh soleh Uthaimin; “ sesungguhnya mentaati pemerintah itu perlulah mengikuti apa yang diperintahkan tetapi tidak secara mutlak, adapun mentaati perintah Allah dan RasulNya adalah bersifat mutlak, ini kerana jika pemerintah menyeru kepada perbuatan maksiat kepada Allah, maka tidak perlu dengar dan tidak perlu taat, kerana diatas peerintah itu adanya pemerintah yang lebih tinggi iaitu pemerintah seluruh Alam ( Allah ta’ala ). ( Uthaimin, Syarah Riyad al-Salihin ).
2. Sabda rasulullah s.a.w;
2. Sabda rasulullah s.a.w;
" من أطاعني فقد أطاع الله ، ومن عصاني فقد عصى الله ، ومن يطع الأمير فقد أطاعني، ومن يعص الأمير فقد عصاني " .
“ barang siapa yang mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang derhaka kepadaku dia telah derhaka kepada Allah. Barang siapa yang mentaati pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barang siapa yang derhaka kepada pemerintahnya dia telah derhaka kepadaku ”. ( riwayat Bukhari, kitab jihad wa al-Sair, no 2737 ).
Kata Sheikh soleh Uthaimin; “ Rasulullah s.a.w banyak memerintahkan di dalam hadith agar mentaati ulil amri, iaitu mendengar dan mentaati apa yang diperintahkan biarpun mereka memukul belakang kamu dan mengambil harta kamu ”. ( Uthaimin, Syarah Riyad al-Salihin ).
3. Sabda rasulullah s.a.w;
" من أهان السلطان أهانه الله "
“ barang siapa yang nghina pemerintah, Allah akan menghina dia “. ( riwayat Tirmidzi : hadith sahih ) .
4. Sabda rasulullah s.a.w;
" اسمعوا وأطيعوا ، وإن استعمل عليكم عبد حبشي، كأن رأسه زبيبة "
" dengar dan patuh walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba habsyi, yang kepalanya seperti kismis ". ( riwayat Bukhari, kitab al-Ahkam, no 6609 )
5. Sabda rasulullah s.a.w;
" ومن بايع إماما فأعطاه صفقة يده، وثمرة قلبه، فليطعه إن اسنطاع، فإن جاء آخر ينازعه فاضربوا عنق الآخر "
“ barang siapa yang berbai’ah dengan seorang pemimpin, dengan tangan dan hatinya, hendaklah dia mentaatinya jika mampu, sekiranya orang lain datang ingin merampas pemerintahannya, hendaklah kamu penggal kepalanya ”. ( riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3231 ).
6. Sabda rasulullah s.a.w;
"سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله، أرأيت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم، ويمنعمونا حقنا،
"فما تأمرنا؟ فأعرض عنه، ثم سأله، فقال رسول الله صاى الله عليه وسلم : اسمعوا وأطيعوا، فإنما عليهم ما حملوا، وعليكم ما حملتم
“ salamah bin Yazid al-Ju’fi r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata; wahai Nabi Allah, apakah kamu lihat sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan?. Baginda berpaling. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah s.a.w bersabda; hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu ”. ( rawayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3433 ).
7. Sabda rasulullah s.a.w;
" على المرء المسلم السمع والطاعة فيما أحب وكره، إلا أن يؤمر بمعصية، فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة "
“ wajib keatas seseorang muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai atau yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat, sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaatan ”. ( riwayat Bukhari, kitab al-Ahkam, no 6611 ).
8. Berkata huzaifah bin al-yaman r.a;
" كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أساله عن الشر مخافة أن يدركني قال: قلت : يا رسول الله إنا كنا في جاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر؟ قال : نعم، قلت : وهل بعد ذلك الشر من خير؟ قال : نعم وفيه دخن. قلت : وما دخنه ؟ قال : قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هديي تعرف منهم وتنكر. قلت : فهل بعد ذلك الخير من شر؟ قال : نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها. قلت : يا رسول الله صفهم لنا . قال : هم من جلدتنا ويتكلمون بالسشنتنا. قلت : فما تأمروني إن أدركني ذلك؟ قال : تلزم جماعة المسلمين وإمامهم. قلت : فإن لم يكن لهم جماعة ولا إمام؟ قال : فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدركك الوت وأنت على ذلك ". متفق عليه. وفي رواية لمسلم : قال : " يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم الشياطين في جثمان إنس. قال حذيفة : قلت : كيف أصنع يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال : يسمع وتطيع الأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فأسمع وأطع " .
“ telah bertanya manusia kepada Rasulullah s.a.w tantang kebaikan dan aku bertanya tantang kejahatan kerana khuatir aku akan berdepan dengannya. Aku bertanya; Wahai Rasulullah s.a.w, dahulu kami dalam jahiliah dan kejahatan lalu Allah membawa kami dalam kebaikan ini. adakah setelah kebaikan ini ada kejahatan?. Jawab baginda; ya. Aku berkata; setelah kejahatan tu ada kabaikan?. Jawab baginda ; ya dan padanya asap. Aku berkata ; apa asapnya?. Baginda berkata; kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan jalanku. Kamu mengenali sebahagian mereka dan mengingkarinya. Aku berkata; Wahai Rasulullah s.a.w sebutkan sifat-sifat mereka. Baginda berkata; mereka daripada kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku berkata; Apa perintah kamu sekiranya aku bertemu mereka?. Jawab baginda; Hendaklah kamu kekal dalam jemaah islam dan pemerintah mereke. Aku berkata; Sekiranya mereka tidak mempunyai jemaah mahupun imam?. Kata baginda : hendaklah kamu tinggalkan kesemua kumpulan-kumpulan itu walaupun dengan terpaksa menggigit batang pokok sehingga ajal kamu tiba di dalam keadaan begitu ”. ( riwayat Bukhari, kitab al-manaqib, no 3338 ).
Dalam riwayat Muslim; “ baginda berkata; setelah pemergianku akan ada para imam yang tidak mengambil jalanku mahupun sunnahku dan akan ada dikalangan mereka lelaki yang hati mereka hati syaitan dalam badan manusia. Berkata Huzaifah; Aku bertanya; apakah yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu dengannya?. Berkata Baginda; engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakang dan mengambil hartamu. Kamu dengar dan kamu patuh ”. ( riwayat Muslim, kitab al-Imarah, no 3435 ).
9. Ubaidah bin al-Samit r. a berkata;
" دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيها أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان " .
“ Nabi s.a.w memanggil kami dan kami berbai’ah ( lafaz janji ) Baginda dan antara yang kami bai’ahkan adalah untuk kami mendengar dan patuh semasa suka atau benci, susah atau senang, dan untuk kami tidak melawan pemerintah kecuali kami melihat kufur yang jelas yang kami ada dalilnya daripada Allah ”. ( riwayat Bukhari , kitab al-fitan, no 6532 ).
kesimpulannya, kita patut menilai perhimpunan BERSIH 2.0 yang ingin diadakan itu adakah mendapat kebenaran daripada pemerintah mahupun tidak, Jika mereka berhujah; " kalau mintak pun sampai kiamat tak akan dapat ". baik, apakah yang dilarang oleh pemerintah itu termasuk daripada perkara-perkara maksiat?. Jika tidak, kita perlulah mematuhinya. Jika mereka berhujah; " Apa salahnya kalau kita keluar hanya untuk menuntut keadilan?. Baik, yang ingin dituntut adalah keadilan, adakah kita bersikap adil jika kita melakukan sesuatu perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kita dan orang lain, tentunya tidak adil. Jika merek berhujah; " Jadinya adakah demostrasi itu haram secara mutlak?. tidak, demostrasi dibolehkan jika berjalan dengan syarat-syarat yang telah ditetapka oleh para ulama', tetapi syarat-syarat tersebut mustahil dapat dipatuhi oleh anggota BERSIH 2.0. Jika mereka berhujah; kami tak akan bersetuju dengan apa yang dikatakan. Baik, kami tidak memaksa, kami datangkan al-Quran dan Hadith sebagai sandaran, jika kamu mempunyai dalil yang lebih kuat daripadanya, datangkan kepada kami untuk dibincangkan, moga-moga kami boleh bersetuju dengan apa yang dibawa.
Wallahu ta'ala a'alam.
rujukan; Al-Quran, Al-Hadith, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Tabari, Sahih Bukhari, Fathul Bari, Sahih Muslim, Maalim tanzil, artikal mentaati pemerintah oleh ustaz Idris Sulaiman.
http://www.minitramways.blogspot.com/
UKM, Bangi, Selangor.
8 Julai 2011 ( 04.53 PM )
4 comments:
Dalam banyak2 hujah yang menyokong perhimpunan BERSIH 2.0, akhirnya saudara penulis memilih hujah yang lemah bg pihak mereka utk menyokong hujah di pihak saudara.
DAN sudah ramai ulamak juga menyokong, BUKAN semata suka2, malah juga berasaskan hujah Al-Quran dan As-Sunnah, dan realiti semasa.
slm.minta pnjelasan ttg perang siffin dan jamal.
demonstrasi yg berlaku ketika itu.
begitu juga hadith musaharah dari sudut maqasidnya bagaimana? adakah hanya utk jiran atau individdu kecil shj?
anonmous; wassalam, saya menulis atas hujah yang saya ada, jika saudara mengatakan lemah berkenaan hujah2 tersebut, saya rasa kebenyakkan hujah yang saya ketengahkan adalah daripada al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.
Apakah yang maksud sebenar saudara yang mengatakan hujah yang saya bawa itu lemah?. wallahu taalam a'alam, saya tidak pasti banyak mana ulama' yang menyokong demonstrasi, tetapi apa yang saya tahu dan apa yang saya dengar diantara ulama' masyhur yang menyokong demonstrasi yang dilakukan di syria hanyalah sheikh Adnan Arur. dan kebanykkan ulama'2 muktabar mengharamkannya.
jika saudara lihat pendapat kebanyakkan ulama' di malaysia, bagi yang mengharamkan perhimpunan tersebut bukannya sedikit, malah ulama' yang mengatakan harus pun diletakkan beberapa syarat, yang mane syarat tersebut saya rase mustahil dapat dipatuhi.
wallahu ta'aala a3lam.
bersih;
wassalam, wallahu taa'ala a3lam, tetapi apa yang saya tahu keluarnya saidatina Aisyah r.a.h adalah semata-mata untuk membetulkan keadaan dan bukannya keluar untuk memerangi saidina ali. hal ini dibuktikan apabila rombongan yang diketuai oleh saidatina aisyah sampai di satu wadi lalu berbunyi salakan anjing, dan s. Aisyah teringat ttg hadith nabi iaitu mafhumnya jika kamu berjalan disatu wadi ( saya lupa namanya )dan mendengar salakan anjing disana maka itu menujukkan akan berlakunya satu perkara buruk, maka Saidatina Aisyah ingin berpatah balik dan tidak mahu teruskan perjalanan, akan tetapi kata beberapa sahabat yang ada bersama beliau: " tujuan kita adalah tujuan yang baik iaitu untuk mendamaikan umat islam, bukannya sebaliknya. dan mereka meneruskan hasrat mereka itu.
Adapun berlakunya peperangan tersebut adalah hasil daripada daripada hasutan dan perangkap kaum syiah yang menyerang kumpulan Saidina ali dan saidatina aisyah. pihak saidina Ali menyangka itu serangan yang dilakukan dari kumpulan Saidatina aisyah dan saidatina Aisyah pulak menyangka sebaliknya. dan berlakunya peperangan tersebut bukan dengan kehendak daripada kedua-dua pihak. saya ingin bertanya kepada saudara?.. kalau saudara ingin berhujang dengan dalil ini, pihak manakah yang betul dan pihak manakah yang salah?.. adakah saudara berani untuk menyalahkan salah satu diantara kedua-dua pihak?.. dan semua sedia maklum itu adalah satu fitnah yang diadakan oleh kaum syiah.
jika saudara membaca berkenaan kisah tersebut, saudara akan mendapati kedua-dua Sahabah dan sahabiah kesal dan bertaubat dengan apa yang telah berlaku iaitu selepas peperangan berlaku. kata saidina ali selepas berlakunya peperangan tersbut, alangkah baiknya jika aku mati 20 tahu sebelum ini, dan diriwayatkan saidatina aisyah kerap menangis dan beristifar apabila mengenangkan peristiwa tersebut. adapun sebahagian besar sahabt tidak menyertahi peperangan tersebut kerana berlepas diri daripada perkara tersebut.
dari sudut maqasidanya, tujuan perhimpunan itu jelas, iaitu bertujuan untuk mencapai satu keadilan, tetapi adakah ia dijalankan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. jika kita lihat kaedah maqasid sendiri pun, disana jelas menunjukkan maqasid itu sendiri inginkan kebaikan melebihi keburukkan, bukannya sebaliknya. dalam kaedah maqasid kia perlu memilih yang mana lebih sedikit daruratnya daripada dua darurat yang ada.
dan apabila kita melihat apa yang telah terjadi, adakah kebaikkan membatasi keburukan, atau keburukkan telah menguasai kebaikan sehingga belakunya kematian,kecedraan dan sebagainya.
saya disini ingin tegaskan bahawa, apa yang saya katakan diatas adalah apa yang menjadi rujukan kita bagi umat islam iaitu al-quran dan Hadith. dan apa yang difatwakan oleh para ulama tentangnya jelas menunjukkan keburukan mengatasi kebaikan. dan saya ingin bertanya kepada saudara, apakah yang saudara dapat setelah berlakunya perhimpunan tersbut.?.. adakah hanya kepuasan, kesakitan, atau bertambahnya perasaan benci terhadap pemerintah tanpa mendapat sebarang hasil yang sepatutnya dituntut atau tanpa sebarang kebaikan, baik buat diri saudara mahupun umat islam keseluruhannya..
semoga Allah memberi kebaikan kepada saudara, juga kepada saya dan seluruh umat islam dan agar kita sentiasa berpegang pada jalan Allah ta'ala.
wallahu ta'ala a'alam.
Post a Comment