Find Us

Sunday, November 13, 2011

Masjid syiar Umat Islam






Assalamualaikum,

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

pertama-tamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Biarpun sudah terlambat, tetapi bagi saya ucapan selamat itu penting kerana ia adalah diantara doa yang patut diucapkan kepada semua agar kesejahteraan dan keselamat seseorang itu sentisa bersama-samanya.

Di sini saya ingin berkongi bebarapa perkara yang saya rasa ia sangat menarik untuk dipersembahkan. Ia adalah berkenaan Masjid yang berada di sekitar negara-negara islam mahupun bukan Islam. Sepertimana yang kita ketahui, bahawa masjid adalah salah satu tempat berkumpulnya umat islam dan ia juga dijadikan salah satu syiar bagi umat Islam. Bagaimanakah kita dapat membuktikan bahawa masjid itu menjadi syiar kepada Islam?.

MASJID MENJADI SYIAR BAGI UMAT ISLAM ATAUPUN TIDAK

Iaitu apabila umat Islam itu sendiri memenuhi masjid dengan solat berjemaah dan juga menghidupkan masjid dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manafaat kepada seluruh umat Islam mahupun bukan Islam. Dimana masjid perlulah memainkan peranannya yang pelbagai bukan hanya tempat untuk umat Islam menunaikan perkara ibadat sahaja, malah ia juga dapat ' dihidupkan ' dengan pelbagai cara seperti mengadakan klink, mesin ATM, kedai-kedai barangan asas yang di jual diperkarangan masjid, tempat beriadah, dewan seminar, perpustakaan, tempat menonton tv, tempat bermain games ( dengan kawalan ), tempat masyarakat melayari internet, tempat masyarakat mengasilkan produk, tempat tusyen, dan pelbagai lagi agak dapat kita menjadikan Masjid itu adalah satu syiar yang agung kepada masyarakat setempat.

TINDAKAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM

Sepertimana Tower Bridge menjadi syiar bagi negara Landon, Eiffel Tower menjadi syiar di Paris, Tokyo Tower menjadi syiar di Japan, Tembok Besar China menjadi syiar di China, al-Qarawiyyin menjadi syiar di Morocco, Piramid menjadi syiar di Mesir, al-Hamra' dan Cordoba menjadi syiar di Spain, dan lain-lain.

Tidakkah kita sebagai umat Islam yang tinggal di negara Islam, menginginkan atau mengimpikan sebuah nagara Islam yang dikenali dengan syiar kemakmuran dan kemegahan masjid-masjid yang berada di situ, sepertiamana megahnya Kota Makkah dan Madinah disebabkan 2 masjid suci Islam yang berada di dalamnya, juga megahnya negara Palestin disebabkan tertegaknya masjid Al-Aqsa'. Justeru kita sebagai umat islam, yang meneraju agama Islam itu dalam menentukan hala tujunya pada masa akan datang, perlulah berfikir bagaimanakah cara kita untuk menjadikan agama Islam itu adalah satu agama yang megah pada teorinya dan praktikalnya agar dia dipandang satu agama yang lengkap dan yang komprehensif untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Di sini saya tampilkan beberapa masjid yang berada di negara-negara umat islam dan buakn Islam;


1. Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Saudi Arabiah


2. Masjid al-Nabawi, Madinah al-Munawwarah, Saudi Arabiah.


3. Masjid Al-Aqsa, Palestin.


4. Masjid Biru, Istambul, Turky.


5. Masjid Hassan Thani, Casabanca, Morocco.


6. Masjid di Akhaltsikhe, Georgia.


7. Masjid Biru di Yerevan, Armenia.


8. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.


9. Masjid Fatema di Kuwit.


10. Masjid Besar di Xian, China.


11. Masjid Jamik Asr di Brunei.


12. Masjid Koutoubia, Marrakesh, Morocco.


13. Masjid Kul Sharif di Kazan, Rusia.


14. Masjid Larabangga di Ghana.


15. Masjid di Bangladesh.


16. Masjid di Bobo Dioulasso, Burkina Faso.


17. Masjid di Gauteng, South Afriqa.


18. Masjid di Kazakhtan.


19. Masjid di Kyrgyzstan.


20. Masjid di Matara, Sri Lanka.


21. Masjid di Pattani, Thailand.


22. Masjid Wazir Khan di Lahor, Pakistan.


23. Masjid Abu Darwish, Amman. Jordan.


24. Masjid Sultan, Singapore.


25. Masjid di Kaherah, Mesir.



26. Masjid Umayyad di Syria.


27. Masjid di Baghdad, Iraq.


28. Masjid Mazar e-Sharif di Afghanistan.


29. Masjid di Jeddah, Saudi Arabiah.



30. Masjid Sheikh Zyed di Dubai


31. Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya. Malaysia.

Wednesday, October 12, 2011

seminar perpaduan & ekonomi ummah


Assalamualaikum wrtb.

Sekadar ingin berkongsi maklumat mengenai satu seminar yang bertajuk " Seminar Perpaduan & Ekonomi Islam " iaitu telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR ) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Dimana majlis tersebut berlangsung pada hari ini , 12 Oktober 2011( rabu ) bersamaan 14 Zulkaedah 1432H . Saya sempat menghadiri seminar tersebut dan berpeluang mendengar beberapa pembentangan kertas kerja yang telah disampaikan oleh pakar-pakar dan cendikiawan negara. Saya berpendapat bahawa, seminar ini sangatlah baik dan amat bermanafaat kepada umat Islam kerana ia memberi motivasi, ilmu dan semangat untuk kita terus maju, malah secara tidaklangsung ia juga membuka minda dan fikiran kita tentang kepenting umat Islam itu membina dan mengukuhkan ekonomi ummah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh
Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia juga merangkap Yang Dipertua PERKIM.



Diantara matlamat diadakan seminar tersebut adalah;

1. ke arah mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat akan keadaan negara yang mempunyai ekonomi sara diri, keadaan keperluan negara terhadap makanan asasi yang cukup untuk sara diri; tidak bergantung pada import keperluan makanan asasi. kebergantungan pada import makanan asasi meletakkan negara pada tahap yang berbahaya sentiasa.

2. kesedaran ini perlu ditimbulkan sebagai kesedaran beragama atas prinsip islam, kerana islam menghendaki umatnya hidup sebagai umat yang kuat, sentiasa bersiap menghadapi apa-apa sahaja kemungkinan yang boleh mengancam keutuhan agama dan negara.

3. membina rangkaian kerjasama pelbagai kelompok ummah dalam upaya membangunkan ekonomi seperti memperkasa aktiviti koperasi.

4. mewujudkan sinergi kegiatan bersama dengan agensi kerajaan pusat dan negeri serta agensi bukan kerajaan untuk menjayakan program yang dijalankan.

Diantara pembentang kertas kerja dalam siminar tersebut ialah;

Pembentangan kertas Kerja 1 ( Kertas Ekonomi )

Pengurusi : Y. Bhg. Dato' Syed Hussien alHabshee,
Pengurusi Jawatankuasa Antarabangsa DPMM
Pembentang : Y.Bhg. datuk Dr. Mahani Zainal Abidin, Ketua Eksekutif ISIS

Pembentangan Kertas Kerja 2 ( Kertas Perpaduan )

Pengurusi : Y.Bhg. Dato' Haji Zainal Abidin bin Abdul kadir,
Pengarah Tajdid (PERKIM)
Pembentang : Y. Bhg. Tan Sri Dr. Haji. Harunssani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak


Diantara tetamu yang hadir;

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Mantan Perdana Menteri Malaysia )
2. Dato' Sri Shahidan Kasim ( Bekas Menteri Besar Perlis )
3. Tan Sri Dato' Sri ( Dr ) Harussani bin Haji Zakaria ( Mufti Negeri Perak )
4. Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin ( Ketua Esekutif ISIS )
5. Dif-dif kehormat dan vip-vip ( banyak sangat malas nak senarai semua )
6. Menteri-Menteri Kerajaan Malaysia
7. Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan.
8. NGO-NGO islam.
9. Pengusaha-pengusaha dan Usahawan-usahawan Islam.
10. Pensyarah-pensyarah dan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia
11. Ajk-Ajk Masjid
12. Pihak-pihak Media.

Di antara gambar-gambar kenangan

semasa seminar berlangsung


perbentangan Datuk Dr. Mahani


para peserta yang hadir


pembentangan oleh Tan Sri Dato' Sri Harussani


di dalam dewan

sesi pembentangan kertas kerja


diantara cenderahati kepada setiap tetamu

diantaranya, kertas kerja pembentangan, 3 majalah, sebatang pen, sebuah buku nota, beg seminar, dan pas masuk.

Sunday, October 9, 2011

kempen istighfar


Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Mafhumnya: “Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (11) Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, (12) Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh 10 – 12)

Al-Imam al-Qurtubi berkata: Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (bermaksud): “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu” iaitu Mintalah kepada Allah keampunan dari dosa-dosa yang lalu beserta mengikhlaskan keimanan kepadanya. (firman Allah yang bermaksud:) “Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” Iaitu, Dia (Allah) sentiasa Maha Pengampun bagi sesiapa yang kembali kepadaNya, ia merupakan galakan supaya bertaubat. (Firman Allah yang bermaksud:) “Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu.” Iaitu Dia akan mengirimkan air dari langit (hujan yang lebat), (firman Allah yang bermaksud:) “dan Dia akan membanyakkan harta dan anak-pinakmu, dan mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai yang mengalir untukmu.” Berkata al-Sya’bi: “Umar pernah keluar untuk memohon hujan (الإستسقاء), kemudian beliau pulang (tanpa menunaikan sebaran solat), setelah itu, hujan turun. Orang ramai bertanya kepadanya: kami tidak anda memohon diturunkan hujan (dengan menunaikan solat al-istisqa). ‘Umar menjawab: Sesungguhnya aku telah memohon hujan dengan anak kuncinya (مجاديح), kemudian beliau membaca firman Allah Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu. Perkataan مَجَادِيْح (yang diterjemahkan sebagai anak kunci) asalnya dari perkataan Mijdah (مِجْدَح) yang bermaksud bintang, ini kerana masyarakat Arab dahulunya menyangka bintang itu menurunkan hujan. Lalu ‘Umar Radhiyallah ‘anhu hendak menjelaskan kesalahan sangkaan itu, maka beliau menjelaskan bahawa beliau memohon hujan dengan sebab yang betul iaitulah dengan beristighfar bukan dengan memohon kepada bintang.



Kata Ibn Subaih: Pernah juga seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan tentang kemarau, beliau menjawab: Beristighfarlah kepada Allah. Datang orang lain pula mengadu kepadanya tentang kefakiran yang dialaminya, beliau menjawab: beristighfarlah kepada Allah. Datang lagi kepadanya seorang lelaki dan berkata: Doakanlah kepada Allah supaya Dia mengurniakan anak kepadaku. Beliau menjawab: beristighfarlah kepada Allah. Datang orang lain pula mengadu tentang kebunnya yang kering, beliau menjawab: beristighfarlah kepada Allah. Kami bertanya kepada al-Hasan tentang jawapan-jawapannya itu, beliau menjawab: Aku tidak mengatakan sesuatu dari diriku, kerana sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam surah Nuh: “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (11) Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, (12) Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh 10 – 12).” (Tafsir al-Qurtubi 18/301-303)

Beberapa Sighah Istigfar

Daripada Shaddad bin Aus Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: Penghulu istighfar ialah dengan kamu membaca:

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ


Mafhumnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Dikau yang telah menciptaku. Daku adalah hambaMu dan daku berada di atas perjanjianMu sekadar mampuku, daku berlindung dengan Mu dari kejahatan apa yang telah daku lakukan, daku mengaku kepadaMu banyaknya nikmatMu kepadaku, dan daku juga mengaku banyaknya dosaka, oleh itu ampunilah daku, kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Dikau. Nabi seterusnya bersabda: Sesiapa yang mengucapkan kalimat ini pada siang hari, dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan ahli syurga. Sesiapa yang mengucapkan kalimat ini pada awal malam dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum datangnya pagi, dia termasuk dari kalangan ahli syurga.” (HR al-Bukhari)



Daripada Abu Musa al-Asy’ari, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam sentiasa berdoa (beristighfar) dengan doa ini:


رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي كُلِّهِ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطَايَايَ وَعَمْدِي وَجَهْلِي وَهَزْلِي وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Mafhumnya: “Tuhanku, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, kemelampauan dalam urusanku keseluruhannya, apa yang Engkau Lebih Mengetahui tentangnya dariku. Ya Allah ampunilah kesalahanku secara sengaja, jahil atau bermain-main dan kesemuanya sekali. Ya Allah ampunilah daku, apa-apa yang telah lalu dan akan datang, yang tersembunyi dan nyata, sesungguhnya Engkau yang Terdahulu dan Terakhir, dan Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Ibn ‘Umar Radhiyallahu ‘anhuma yang berkata: “Sesungguhnya kami pernah mengira Rasulullah Sallallah ‘alaih wa sallam dalam satu majlis membaca:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إنَّكَ أنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْم


Mafhumnya: “Tuhanku, ampunilah daku, dan berilah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang” sebanyak seratus kali.” (HR al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)



Daripada Abu Yasar, Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: “Sesiapa yang menyebut:


أسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْم الَّذِيْ لَا إِلهَ إلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ وَأتُوْبُ إلَيْهِ


Mafhumnya: “Daku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung, yang tidak ada tuhan yang disembah melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri, dan daku bertaubat kepadaNya.” Akan diberi keampunnan kepadanya, sekalipun dia telah dari dari peperangan.” (HR al-Tirmizi dan Abu Daud)

Daripada Abu Bakr al-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu yang berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam: “Ajarkan kepada saya satu doa untuk saya berdoa dengannya di dalam solat saya. Jawab Baginda, bacalah:


اللّهُمَّ إنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْماً كَثِيْراً وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إلَّا أنْتَ فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إنَّكَ أنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم


Mafhumnya: Ya Alah, sesungguhnya daku telah banyak menzalimi diriku, tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, oleh kerana itu, ampunilah daku dengan keampunan dari sisiMu, dan rahmatilah daku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1157&Itemid=65

Saturday, October 1, 2011

koleksi penulisan prof madya dr mohd asri zainul abidin


TRAVELOG MINDA TAJDID


BUKU TERBARU PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.

Sebuah buku yang mencatat segala pengalaman hidup beliau semasa berada di ranah barat. Buku ini menghimpunkan cacatan beliau semasa beliau berada di UK dan Eropah pada tahun 2009.

BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT


HIMPUNAN TULISAN PROF MADYA DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN DI DALAM KOLUM " PENA MUFTI " DI MINGGUAN MALAYSIA

Buku ini merupakan buku kedua himpunan artikal Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang ditulis semasa beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

MENGEMUDI BAHTERAPERUBAHAN MINDA


HIMPUNAN TULISAN PROF MADYA DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN DI DALAM KOLUM " PENA MUFTI " DI MINGGUAN MALAYSIA

Buku ini merupakan buku pertama himpunan artikal Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang ditulis semasa beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA & TOKOH-TOKOHNYA



DASAR APARTIED
TERHADAP WANITA ISLAM DI MALAYSIA



ARUS TAJDID
FIKRAH MERENTASI JEMAAH



FANATIK MAZHAB,
KESAN KEPADA PEMIKIRAN UMAT




ISLAM LIBERAL
TAFSIRAN AGAMA YANG KIAN TERPESONG



HADITH PALSU
KESAN TERHADAP IMEJ ISLAM



MEMBELA ISLAM
TANGGUNGJAWAP DAN DISPLIN




PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI S.A.W
ANTARA KETULINAN FAKTA DENGAN PEMBOHONGAN SEJARAH




MENILAI TARIKAT DAN KESUFIAN
DENGAN SYARIAT ALLAH



BID'AH HASANAH
ISTILAH YANG DISALAH FAHAMI




ISLAM IN MALAYSIA :
PERCEPTION & FACTS




IMAM SYAFI'I
GEMILANGAN ILMU DAN PEMIKIRAN



Sunday, September 18, 2011

Ciri-ciri ajaran bumi



1.2 DEFINISI AJARAN SESAT


Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam dan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah sedangkan pada hakikatnya amalan tersebut jauh terpesong atau bertentangan daripada dua rujukan utama Islam tersebut.
Dan diantara ciri-ciri ajaran sesat yang sebahagian besarnya diamalkan dalam kebanyakkan ajaran-ajaran sesat;

1) Mengaku dan mendakwa gurunya atau dirinya sebagai Rasul, nabi atau mendapat wahyu daripada Allah Ta’ala;

2) Mempercayai dan meyakini adanya Nabi-nabi selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w;

3) Mempercayai dan mengimani wahyu masih diturunkan selepas wafatnya Rasulullah s.a.w;

4) Mengaku gurunya atau dirinya sebagai Imam Al-Mahdi atau jelmaan Imam Al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai insan yang istimewa seperti Imam Al-Mahadi dan sebagainya;

5) Mempercayai roh orang yang telah mati akan dapat menjelma semua di dalam jasad orang yang mlasih hidup;

6) Mendakwa pengikut-pengikut ajaran atau tarikatnya sahaja yang dijamin masuk ke dalam syurga;

7) Mendakwa gurunya atau dirinya memegang kunci syurga;

8) Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus setiap dosa-dosa dengan wang ringgit;

9) Mendakwa bahawa semua agama adalah sama;

10) Mempercayai orang yang telah mati dapat memberi pertolongan apabila diseru namanya dan selainnya ;

11) Menjadikan sesuatu benda sebagai perantaraannya dengan Allah Ta’ala seperti perantaraan kubur para nabi dan para wali, menggunakan cincin dan sebagainya ;

12) Melakukan upacara-upacara yang pelik seperti penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang saleh ;

13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya ;

14) Mendakwa atau mengaku bahawa dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya ;

15) Mengaku mendapat wahyu atau ilham agama dari mimpi-mimpi yang didakwa berjumpa dengan Rasulullah s.a.w secara sedar ;

16) Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti solat, puasa, haji dengan membuat syariat baru yang sesuai dengan keadaan sekarang;

17) Meninggalkan solat secara jemaah kerana mengamalkan kaedah suluk;

18) Mendakwa bahawa ibadah haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan ditempat-tempat yang lain; dan

19) Mengubah dengan sengaja atau mengubah disebabkan ilmunya yang cetek dan mendakwa ia adalah tafsiran yang paling tepat dari tafsiran yang sedia ada.

1.3 KRITERIA-KRITERIA AJARAN SESAT.

Menurut keputusan yang telah dikeluarkan oleh MABIMS , kriteria-kriteria yang tersebut boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menetapkan hukum sesuatu ajaran itu sebagai ajaran sesat atau sebaliknya;

1. Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah dengan kefahaman yang bertantangan dan tidak sama sepertima kefahaman yang dibawa oleh golongan salaf iaitu kefahaman mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, contohnya ia mendakwa dan mempercayai adanya kiblat selain Kaabah dan adanya kitab selain Al-Quran yang lebih baik;

2. Mempertikaikan kebenaran Al-Quran atau Hadith;

3. Mana-mana ketua kumpulan atau persendirian yang mendakwa dirinya sebagai nabi selepasa Rasulullah s.a.w, atau Nabi Isa Alaihissalam, Imam Al-Mahadi atau selainnya;

4. Mendakwa dan mempercayai bahawa terdapat agama lain yang lebih mulia dan lebih patut diikuti atau dianuti selain agama Islam; dan

5. Mengada-ngadakan perbuatan bidaah atau pendapat baru yang bertentangann dengan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti membatalkan kewajipan berjihad, solat jumaat, berpuasa di bulan Ramadhan dan selainnya.
1.4 CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Ajaran sesat yang terdapat di Malaysia mempunyai tiga ciri-ciri berlainan yang dimiliki oleh setiap dari mereka;

I. Bentuk Ajaran Baru;
Bentuk-bentuk ajaran ini biasanya menggunakan nama yang berbagai-bagai seperti ajaran Crypto, ajaran Ilmu Hakikat oleh jahar @ Jara b. Dumin.

II. Bentuk tarikat;
Ajaran yang berbentuk tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama tarikat yang termasyhur. Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan ajaran asal atau mengubahsuainya. Ada juga tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah, Tarikat Khalid dan lain-lain.

III. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang bomoh atau pembawa ilmu tertentu sama ada melalui menurun dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalannya kepada kesesatan.


اللهم نسألك رضاك والجنة

Wallahu Ta’ala A’lam.


http://www.minitramways.blogspot.com/
Bangi, Selangor.
18 September 2011 ( 06.46 AM )

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More