Find Us

Saturday, February 15, 2014

KONVENSYEN SUNNAH "MEMPERKUKUH JATI DIRI DALAM MANHAJ DAN DAKWAH"

Assalamualaikum wrtb,

Telah berlangsungnya Konvensyen Sunnah 2014  pada 15 Februari 2014 bertempat di The Royale Chulan, kl dengan teman konvensyen kali ini ialah "Memperkukuh Jati Diri Dalam Manhaj Dan Dakwah". Majlis telah dirasmikan oleh tuanku muda raja perlis dan dif jemputan kehormat iaitu Attache Kedutaan Diraja Arab Saudi, Dr abdul Rahman M. Albelaihi. Turut hadir Dato Seri Shahidan Kasim, Menteri di jabatan Perdana Menteri dan Dr Asri Zainal Abidin.



Konvensyen berlangsung selama sehari suntuk bermula pukul 8 pagi sehingga 7 petang. Pelbagai penal yang ditonjolkan dalam konvensyen kali ini melibatkan pelbagai latar belakang akademik dan kaum. Di antara tajuk- tajuk yang diperbincangkan adalah,  Pengalaman Zaman Membentuk Jati Diri, Istiqamah Dan Hikmah Dalam Berdakwah Menghadapi Zaman Berubah, Dakwah Melangkah Sempadan, Generasi Baru Cabaran Baru, Memperkukuh Jatidiri Dalam Manhaj Dan Dakwah.


Ramai yang hadir dalam konvensyen tersebut. Kouta yang ditetapkan hanyalah berjumlah 1,200 orang peserta sahaja. Maka, setiap peserta yang tidak mendaftar, terpaksa datang awal untuk mendaftar secara walk in. first come first serve. Aku sendiri bertolak dari rumah pada pukul 7.15 agar kouta yang disediakan tidak penuh, punyalah semangat.


Thursday, February 13, 2014

GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLAND, PAHANG

GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLAND, PAHANG

Assalamualaikum wrtb,

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله، نحمد هو نستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من سرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Dah lama tak menulis di blog, rasanya dah dekat 4 tahun blog ini tak di'update'. Mungkin disebabkan kesibukkan kerja dan menyambung pelajar di UKM. Namun, segala kesibukkan dan kekangan dapat juga di atasi akhirnya.

Hari ni 13 Februari 2014, dah sebulan masuk tahun baru, dan juga dah seminggu aku hantar tesisi master sebelum di viva. Dan aku berharap pemeriksa dapat menerima tesis tersebut dan memberi komentar yang baik. 31 Januari sehingga 2 Februari 2014, adalah hari-hari kembara Jabatan Bendahari UKM ke Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur. 

Banyak coretan suka duka yang dititip dalam perngembaraan tersebut. Pengalaman mendaki dalam keadaan yang sejuk dengan membawa barang yang berat dan banyak, memberi pengalaman yang berbeza dari pendakian sebelum ini iaitu di Gunung Nuang, Janda Baik Pahang.

Walaubagaimanapun, pendakian kali ini telah memberi memori yang sangat indah bersama rakan-rakan sekerja aku, dan di situ mulanya hubungan yang erat diantara bos dan anak buah. Segala kesulitan dan keperitan dapat dikongsi dan ditanggung bersama, Perjalanan memakan masa selama 3 jam 15 minit dari Ladang Teh Boh Berincang ke mini Irau. Di Mini Irau kami berkhemah dan memasak.

Pada asalnya, kami bercadang akan menyambung pendakian ke puncak Irau pada esok pagi hari ahad, tetapi disebabkan kami sampai awal di Mini Irau, maka pendakian diteruskan pada petang tersebut dan hanya memakan masa selama 1 jam ke puncak dan 45 minit perjalanan pulang ke Mini Irau.

Kami berkhemah di Mini Irau dengan membawa dan menyediakan segala kelangkapan lengkap untuk memesakan seperti dapur gas, periuk, cerek, bahan masakan dan air mineral. Bahan-bahan inilah yang menyebabkan beg kami begitu berat dan memenatkan bahu kami semasa dalam perjalanan pendakian. 

Namun, rasa penat dan letih  hilang apabila Chef kami menyediakan makanan yang begitu sedap pada waktu malam. hehe. So malas nak tulis panjang, dan kat bawah nnt akan dimuatkan turu gambar-gambar kembara kami ke Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.

Permulaan perjalanan
  Bergambar sebelum Mendaki  

Membaca doa agar semuanya selamat

 Abg Lan dan En Nizam

 Abg Fazli

 Mula Mendaki

 Tiba Di Mini Irau

 Berkhemah di Mini Irau

 Puncak Gunung Irau

 Perjalanan ke Puncak

 Bukti Benar. haha

Gambar Kenangan

 Sebelum Pulang di Mini Irau

Pintu Masuk Pendakian Gunung Irau

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More