PELANCARAN BULAN MUAMALAT DI NEGERI PAHANG
Berpusat di Masjid negeri Pahang, telah berlangsungnya pembukaan bulan muamalat bagi negeri Pahang dari 21-24 julai 2011, tujuan utama pelancaran bulan muamalat tersebut adalah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat islam khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya tentang kepentingan dan kelebihan yang terdapat pada sistem perbankan islam. Beberapa buah bank turut mengambil bahagian dalam pelancaran majlis tersebut diantaranya Bank Muamalat, Bank Islam, Tabung haji, Maybank dan lain-lain.
Di sana juga terdapat beberapa pengisian yang amat bermanafaat kepada pengunjung untuk mengatahui lebih dekat berkanaan maksud sebenar Perbankan Islam itu sendiri. Diantara aktiviti yang diadakan disitu adalah, pembentagan kertas kerja daripada penasihat-penasihat syariah bank yang terlibat, khutbah jumaat yang menyentuh berkenaan perbankan Islam, tayangan-tayanan video berkeaan perbankan Islam, pembukaan kuanter-kuanter pendaftaran dan pertanyaan daripada pihak-pihak bank yang terlibat dan sebagainya.
PENGENALAN TENTANG PERBANKAN ISLAM
Muamalat adalah merupakan salah satu daripada cabang ilmu Fiqh yang membincangkan aspek-aspek urusniaga seperti jual beli, sewa, cagaran, dan sebagainya. Akan tetapi, pada masa sekarang perkembangan ilmu fiqh menjadikan ianya begitu luas dalam praktikal sebenar iaitu merangkumi bidang-bidang penting dalam sesebuah negara islam seperti perbankan, kewangan, pasaran modal, dan sebagainya.
Dimana tujuan sebenar muamalat adalah berkait rapat dengan konsep keadilan dan ihsan. Yang mana kedua-dua konsep tersebut mengambil kira apa yang dikatakan kemaslahatan umum.
HUBUNG KAIT ISLAM DAN KEWANGAN ISLAM
Mengikut pandangan islam, Allah Ta’ala adalah pemilik yang sebenar bagi segala makhluk. Iaitu pemilikan yang dimiliki oleh makhluk adalah bukan pemilikan secara mutlak tetapi ianya milik mutlak Allah Ta’ala.jesteru itu, kekayaan alam ini perlulah dinikmati dan dikongsi berdasarkan hak-hak yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti hak orang miskin, hak orang kaya, penjual, pembeli, dan lain-lain.
Perkara ini jelas melalui firmanNya yang bermaksud;
“ Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepadaku ” ( al-Zariyat : 56 ).
Dan untuk mencapai matlamat ini, manusia perlulah mengikut dan mematuhi agama Islam itu secara menyeluruh, sepertiman firman Allah Ta’ala;
“ Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya ”. ( al-Baqarah : 208 ).
RIBA DAN PENGHARAMANNYA
Elemen-elemen haram dalam transaksi muamalat islam;
• Riba;
• Judi;
• Gharar ( ketidakpastian/ kabur );
• Penipuan atau khianat dan
• Perkhidmatan/barang yang haram.
MAKSUD RIBA
Dari segi bahasa riba bermaksud tambahan atau subur. Sepertimana firman Allah Ta’ala;
“ tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak lain tanpa mendapat imbalan yang wajar ”. ( Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti ).
Seperti contoh; “ Tajuddin memberi pinjaman kepada Ahmad berjumlah Rm 100, dan mensyaraatkan agar Ahmad membayar kepadanya kelak sebanyak Rm110. Tambahan Rm 10 itu dikira sebagai riba”.
DALIL-DALIL PENGHARAMAN RIBA
AL-QURAN AL-KARIM
Ulama’ mutaqaddimin mahupun mutaakhirin bersepakat akan pengharaman riba tanpa ada pencanggahan pendapat mengenainya. Diantara ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah;
“ orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan kerana sentuhan ( syaitan ) itu. Yang demikian… dan sesiapa yang mengulangi lagi ( iaitu mengambil riba ) maka mereka adalah ahli neraka… Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba ( yang belum diambil ), jika benar kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukan ( perintah tinggalkan riba itu ) maka ketahuilah Allah dan rasulNya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa ”. ( al-baqarah : 275-281 ).
Kata ibnu Kathir; “ akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat; ambilah senjata kamu untuk berperang dengan Allah S.W.T ”.
Kata Imam Malik; “ telahku membuka lembaran-lembaran kitab Allah S.W.T dan sunnah Nabi s.a.w dan tidak aku dapati dosa yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah S.W.T mengisytiharkan dan mengizinkan perang ke atasnya ”.
Kata Imam Hanifah; “ inilah ayat di dalam al-Quran yang paling menakutkan ”.
AL-HADITH AL-SYARIF
PANDANGAN TOKOH TEKEMUKA MENGANAI PERBANKAN ISLAM
Potensi Kewangan Islam Di Tengah-Tengah Kemelesetan Ekonomi
“ prospek kewangan islam berterusan menunjukkan perkembangan yang positif walaupun terdapat pelbagai cabaran diperingkat antarabangsa. Masalah krisis kewangan global telah menyebabkan peningkatan bagi sistem perbankan yang lebih telus yang tertakluk kepada pengawalan yang lebih tegas dan praktis pengurusan risiko. Berikutan daripada reformasi kewangan ini, dunia melihat kelainan dalam sistem perbankan yang berbeza dengan sebelum tercetusnya krisis kewangan. Banyak struktur yang dicadangkan baru-baru ini yang secara terbuka menerapkan keperluan-keperluan syariah ”.
Etika kewangan Islam
“ Prinsip etika yang menjadi dasar kepada kewangan Islam boleh mendekatkan institusi perbankan dengan para pelanggan mereka dan tujuan sebenar yang akan memberikan kesan kepada setiap perkhidmatan”.
Keadaan Pasaran Global
“ keadaan pasaran global semasa telah memberi kewangan Islam satu peluang yang hebat untuk membuktikan sumbangannya dalam memenuhi ruang-ruang kosong dalam masalah kecairan asset ”.
Pope Atau Al-Quran
“ saya fikir, dalam menghadapi krisis ini kita perlu lebih banyak membaca al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita ”.
Riba Bukan Cara Ekonomi Sebenar
“ Riba diharamkan kerana riba boleh menghalang orang ramai dari terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi sebenar ”.

فإذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت
“… kemudian apabila kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya, dan gembur membusutnya ia…” ( al-Hajj : 5 ).“ tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak lain tanpa mendapat imbalan yang wajar ”. ( Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti ).
Seperti contoh; “ Tajuddin memberi pinjaman kepada Ahmad berjumlah Rm 100, dan mensyaraatkan agar Ahmad membayar kepadanya kelak sebanyak Rm110. Tambahan Rm 10 itu dikira sebagai riba”.
DALIL-DALIL PENGHARAMAN RIBA
AL-QURAN AL-KARIM
Ulama’ mutaqaddimin mahupun mutaakhirin bersepakat akan pengharaman riba tanpa ada pencanggahan pendapat mengenainya. Diantara ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah;
“ orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan kerana sentuhan ( syaitan ) itu. Yang demikian… dan sesiapa yang mengulangi lagi ( iaitu mengambil riba ) maka mereka adalah ahli neraka… Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba ( yang belum diambil ), jika benar kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukan ( perintah tinggalkan riba itu ) maka ketahuilah Allah dan rasulNya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa ”. ( al-baqarah : 275-281 ).
Kata ibnu Kathir; “ akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat; ambilah senjata kamu untuk berperang dengan Allah S.W.T ”.
Kata Imam Malik; “ telahku membuka lembaran-lembaran kitab Allah S.W.T dan sunnah Nabi s.a.w dan tidak aku dapati dosa yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah S.W.T mengisytiharkan dan mengizinkan perang ke atasnya ”.
Kata Imam Hanifah; “ inilah ayat di dalam al-Quran yang paling menakutkan ”.
وأخذهم الربوا وقد نهوا عنه وأكلهم أموال الناس بالباطل وأعتدنا للكفرين منهم عذابا أليما
“ Dan juga ( disebabkan ) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan mereka memakan harta orang dengan cara yang batil. Dan ( ingatlah ) kami telah menyediakan bagi orang yang kafir itu diantara mereka azab seksa yang tidak terperi sekitnya ”. ( al-Nisa’ : 161 ).وما ءاتيتم من ربا ليربوا في أمول الناس فلا يربوا عند الله ومآ ءاتيتم من زكوة تريدون وجه الله فأولئك هم المضعفون
" Dan sesuatu pemberian ( riba yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sesekali akan kembang di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka yang melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda ”. ( al-Rum : 39 )يأيها الذين ءامنوا لا تأكلوا الربا أضعافا مضاعفة واتقوا الله لعلكم تفلحون
“ wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-lipat ganda; dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah sepaya kamu Berjaya ”. ( al-Imran : 130 )AL-HADITH AL-SYARIF
لعن الله آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه
“ Allah S.W.T telah melaknat orang yang makan riba orang yang berwakil padanya, jurutulisnya dan saksi-saksinya, dan mereka berkata itu sama sahaja ”. ( Hadith Riwayat Muslim )إن الربا وإن كثر فعاقبته إلى قل
“ sesungguhnya riba walaupun lumayan tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan kepapaan ( iaitu tidak akan pernah berasa cukup ) ". ( Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim ).الربا ثلاثة وسبعون بابا ايسرها مثل أن ينكح الرجل أمه
“ Riba mempunyai 73 pintu. Riba yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya ”. ( Hadith Riwayat Ibn Majjah )درهم ربا يأكل الرجل وهو يعلم أشد من ستة وثلاثين رنية
“ Satu dirham yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengatahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali ”. ( Hadith Riwayat Ahmad dan Darulqutni )اجتنبوا السبع الموبقات قيل يا رسول الله وما هم قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم وأكل الربا والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات المؤمنات
“ Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, memakan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil ) ”. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )PANDANGAN TOKOH TEKEMUKA MENGANAI PERBANKAN ISLAM
Potensi Kewangan Islam Di Tengah-Tengah Kemelesetan Ekonomi
“ prospek kewangan islam berterusan menunjukkan perkembangan yang positif walaupun terdapat pelbagai cabaran diperingkat antarabangsa. Masalah krisis kewangan global telah menyebabkan peningkatan bagi sistem perbankan yang lebih telus yang tertakluk kepada pengawalan yang lebih tegas dan praktis pengurusan risiko. Berikutan daripada reformasi kewangan ini, dunia melihat kelainan dalam sistem perbankan yang berbeza dengan sebelum tercetusnya krisis kewangan. Banyak struktur yang dicadangkan baru-baru ini yang secara terbuka menerapkan keperluan-keperluan syariah ”.
Tan sri Dr. Zeti akhtar Aziz
Gabenor
Bank Negara Malaysia
Gabenor
Bank Negara Malaysia
Etika kewangan Islam
“ Prinsip etika yang menjadi dasar kepada kewangan Islam boleh mendekatkan institusi perbankan dengan para pelanggan mereka dan tujuan sebenar yang akan memberikan kesan kepada setiap perkhidmatan”.
Akhbar Rasmi Vatican
Osservatore Ramano Bloomberg
4 Mac 2009
Osservatore Ramano Bloomberg
4 Mac 2009
Keadaan Pasaran Global
“ keadaan pasaran global semasa telah memberi kewangan Islam satu peluang yang hebat untuk membuktikan sumbangannya dalam memenuhi ruang-ruang kosong dalam masalah kecairan asset ”.
David Testa
Ketua Eksekutif Bank Gatehouse
Bank Islam ke-5 di Britain
Ketua Eksekutif Bank Gatehouse
Bank Islam ke-5 di Britain
Pope Atau Al-Quran
“ saya fikir, dalam menghadapi krisis ini kita perlu lebih banyak membaca al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita ”.
Vincent Beaufils
Ketua Oengarang Challenges
12 September 2008
Ketua Oengarang Challenges
12 September 2008
Riba Bukan Cara Ekonomi Sebenar
“ Riba diharamkan kerana riba boleh menghalang orang ramai dari terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi sebenar ”.
Imam al-Ghazali
Ilmuan Islam yang Agung
sumber
Ilmuan Islam yang Agung
sumber
- Al-Quran -
- Al-Hadith -
- Bank Muamalat -
- Bank Muamalat -
- Bank Islam -