Find Us

Friday, December 4, 2009

Setulus Cinta




Assalamualaikum...

.......

" Setulus cinta, hatinya sejernih air, namun cintanya tetap dinodai "

tidak pernah menyangka,

kasihnya yang jujur dan luhur,

akan diperdaya pada satu ketika.

dia sendiri tidak pernah terlintas,

suaminya yang dikasihi akan mati dengan ciptaan sendiri.

Si Isteri, hatinya terlalu jujur.

tidak pernah prasangka,

tidak pernah rasa curiga.

dia tahu Si suami yang dikasihi sudah pergi,

ke pangkuan illahi.

Dia menerima dengan hati terbuka,

walaupun derita dan merana membengkam di dalam dada.

Namun kebenaran terselah,

hati wanitanya yang cekal dan pasrah kini tergugah.

Dia sudah hilang arah,

sudah hilang segala rasa tabah.

Dan dalam saat begini,

seorang lelaki menghulurkan tangan...

memberi seribu senyuman...

pastinya Setulus Cinta bukan sahaja wujud di alam maya.


oleh :

NORHAYATI BERAHIM

............................

Allah berfirman :

" Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yang yatim ( pabila kamu mengahwininya ), maka kahwinilah wanita-wanita ( lain ) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil. Maka ( kahwinilah ) cukuplah sekadar seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki, yang demikian itu adalah lebih dekat kepada perkara-perkara yang tidak zalim ". ( Surah An-Nisa' : 4 )

........

Al-Hafiz Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat tersebut berkata : " Maka bagi suami jugak adalah perlu keatasnya untuk bercakap baik terhadap isterinya dan memperbaiki tingkahlakunya dan penampilan dirinya mengikut kadar yang ia mampu, ianya sepertima engkau ( suami ) sukakan akan isterinya melakuka perkara tersebut ".

.............

Sepertimana firman Allah :

" Dan keatas para wanita itu ( bagi meraka ) mempunyai hak-hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma'ruf " ( Surah Al-BAqarah : 228 ).

.................

Sabda Rasulullah didalam hadithnya berkenaan berpesanlah agar berbuat baik keatas kaum wanita :

" Berpesan ( sesama kamu kaum muslim ) agar berbuat baiklah terhadap kaum wanita, sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk, dan bahagian yang paling bengkok itu adalah bahagian paliang atas. Bila kamu memaksa untuk meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya ( melanggar fitrah ), dan jika kamu membiarkan ia, maka ia akan terus membengkok, Maka berpesanlah kamu agar berbuat baik terhadap kaum wanita " ( Hadith riwayat Al-Imam Bukhari dan muslim ).

........................

Firman Allah Taala' :

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki ) atas sebahagian yang lain ( wanita ), dan kerana mereka ( lelaki ) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu maka wanita yang baik, ialah yang taat kepada Allah malah memelihara diri ketika ketiadaan suami, oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya. Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar " ( Surah An-Nisa' : 34 ).


........

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.....................

minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

03 DECEMBER 2009 ( 06.46 P.M )

Pergolakkan atas sangkaan



Assalamualaikum...

.............

" Setiap permulaan itu pasti penghujungnya pengakhiran " itulah ungkapan yang saya rasa sesuai untuk disimpulkan bagi isu kerajaan perpaduan yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS dan dimana ia mendapat sokongan kuat dari timbalannya iaitu Nasharuddin Mat Isa. Walaupun banyak tomahan dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi baik dari pihak kawan mahupun lawan, itu saya kira satu perjuangan yang perlu dipuji malah ia dapat diselesaikan dengan bijak biarpun sesetengah tomahan dari pihak yang tidak disangka-sangka sangat perit untuk ditelan.

........

Wallahhu Ta'ala A'lam akan tujuan sebenar cetusan penubuhan kerajaan peraduan ataupun sejauh mana keikhlasan dalam membicarakan berkenaan hal tersebut diantara kedua-dua pihak. Ini kerana keikhlasan itu bukan senang untuk dinilai biarpun ia adalah dari seorang ulama'. Walaubagaimanapun, apa yang dapat saya katakan disini secara peribadi saya memuji akan tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak yang berhasrat untuk membaiki keadaan umat islam di Malaysia dari segi politiknya dan kestabilan ekonimi demi menjamin masa depan umat islam itu sendiri. Tapi malangnya, dengan pelbagai andaian buruk dan sangkaan jahat sesetengah pihak yang cuba untuk memertahankan dari ianya terjadi amatlah dikesali, hal ini semua berlaku atas andaian semata-mata ataupun sekadar ramalan atas angin yang dilakukan sesetengah pihak bertujuan ingin mempertahan sesuatu yang saya rasa iainya atas kepentingan tertentu.

..........

Colored-XP-Gloss_White_1600x1200

.......

Bagi saya, pada pandangan saya berkenaan perpaduan rakyat di Malayisa perlulah diambil berat dan setiap pihak perlulah berganding bahu untuk mencapai persepakatan dengan menggadaikan segala kepentingan yang ada demi memikirkan akan hala tuju rakyat amnya dan umat islam khasnya. Sekarang, apa yang kita lihat berkenaan keamanan, kesejahteraan, hubungan persaudaraan mahupun kawan terjejas dengan teruk disebabkan masaalah politik yang dipertahankan. Sehinggakan ada sesetengah pihak yang melampau dalam membuat keputusan mahupun dalam memberi pendangan berkenaan perkara tersebut yang saya kira ia tidak lah seteruk seperti apa yang digambarkannya.

...................

Kita berharap agar perpaduan rakyat tidak kira agama, bangsa, warna kulit, puak, parti dan lain-lain dapat duduk semeja membincangkan beberapa perkara berkenaan kepentingan mahupun kebaikan yang perlu dijaga agar dapat direalisasikan dimasa akan datang. Walauapapun, saya seorang yang beragama islam ingin melihat kita sesama saudara islam perlulah lebih dahulu melakukan persepakatan diantara kita sama sepertima sesetengah pihak yang boleh bersepakat bersama biarpun yang disepakati itu bukanlah dengan saudara seislam. Bukan lah sentimen keagamaan yang ingin diutarakan akan tetapi memikirkan masa depan agama yang mana saya kira ianya melibatkan hal-hal agama islam yang mungkin satu hari nanti menjadi mangsa atas kekalutan politik yang berlaku. Saya kira kita tidak pernah lagi mendengar dimana penganut agama lain berebut tempat ibadat biarpun kebanyakkan dikalangan mereka berbeza pahaman politik akan tetapi malangnya kita ada mendengar dikalangan umat islam sendiri perkara itu terjadi.

....................

pakistannp2

.......................

Firman Allah Ta'ala :-

" Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat " (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

..................

Wallahhu Ta’ala A’lam…

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

..

minitramways.blogspot.com

Mohammedia, Morocco.

03December 2009 ( 05.50 P.M )

Thursday, December 3, 2009

Jauhkanlah aku sepertimana Timur dan Barat



Assalamualaikum...

..............................

Hari demi hari silih berganti, tahun demi tahun sudah pergi, akan tetapi apa yang dikatakan sunnah itu tetap diingati lagi diikuti. Dalam peribadi seseorang muslim, terdapat satu keisitmawaan barangkali ianya tidak dimiliki mauhpun ditekankan dalam agama melainkan agama islam yang mana ianya dipanggil peradaban mengikut neraca atau prinsip agama.

.....................................

Peradaban adalah satu yang sinonimnya dikaitkan dengan akhlak, tingkahlaku atau peribadi seseorang. Malah sebahagian besar manusia memandang atau menggambarkan secara kasar berkenaan diri seseorang itu melalui peradabannya. Peradaban adalah sesuatu sifat banyak dikaitkan dengan kelakuan, percakapan bahkan persetujuan yang yang dilaksanakan, malah dengan menjaga peradabanlah, secara langsung mahupun tidak kita dapat menjaga maruah diri sendiri mahupun orang lain daripada tercemar.

Akan tetapi, ramai yang lupa akan penting dalam menjaga peradadapan dalam dirinya, dan jika ia diabaikan akibanya timbullah banyak masalah yang berpunca darinya yang terpaksa ditanggung oleh orang lain atau masyarakat keseluruhannya.

.....................................

Sabda Rasulullah s.a.w :

.......................................

" Seseorang itu berkata-kata dengan sasuatu perkataan yang diredhai Allah, akan tetapi ia tidak mengatahui akan perkataannya itu amat diredhai ( Allah ), lalu Allah mencatatkan baginya keredhaan sehingga ia bertemu dengan Allah, malah ada juga yang berkata dengan sesuatu perkataan yang Allah murkai, akan tetapi ia tidak menyangka akan kemurkaan Allah ( terhadap perkataannya ), lalu dicatatkan kemurkaan baginya sehingga hari ia bertemu dengan Allah " . ( Hadith Riwayat Al-Imam Malik )

23pics407116nq

.....................................

Akan tetapi tidak dinafikan, kadang kala kita tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada perlisisihan atau percanggahan pendapat berkenaan sesuatu, malah kita jugak tidak dapat untuk memgiakan akan sesuatu diluar persetujuan kita dalam banyak perkara diantara kita dan masyaratak sekitar.

Tetapi janganlah jadikan perselisihan tentang sesuatu itu sebagai medan untuk kita bertempur sesama lain dengan membuka keburukan seseorang itu, atau memperincikan setiap kesalahan yang dilakukan, mahupun membalas segala kutukan yang dikenakan terhadapnya dengan balasan yang sama dilakukan oleh lawannya. Janganlah samakan kita dengan kebanyakkan ahli politik baik dipihak agama mahupun tidak yang berprinsip dengan mengatakan " no" untuk pihak lawan dan " yes " untuk yang sekapal dalam apa jua tindakan dan isu yang dibahaskan.

......................................

Malah kita perlu menjadikan diri kita ini sebagai masyarakat yang bersikap terbuka untuk semua pihak, dan jikamana ada padanya pendapat yang perlu dipertimbangkan dan tidak dipersetujui datanglah ia dengan hujah bagi menolak pendapatnya bukan untuk menolak tuan yang memberi pendapat.

.....................................

Jadikanlah persamaan yang ada pada kita dan padanya satu titik persaudaraan biarpun ia sebesar pasir, buanglah segala pencanggahan, perselisihan mahupun pertelingkahan itu biarpun sebesar gunung agar ia tidak menjadi batu penghalang diantara kita dengannya dalam menjaga hubungan persaudaraan.

............................................

Renunglah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w didalam hadithnya :

...........................................

" Wahai tuhanku jauhkanlah diantara aku dengan segala kesalahanku sepertimana engkau jahukan diantara timur dan barat, wahai tuhanku engkau bersihkanlah aku dari segala kesalahanku dengan air, salji, dan kesejukan ( air batu ), wahai tuhanku engkau hilangkan aku dari segala dosa dan segala kesalahanku sepertimana hilangnya kekotoran itu dari kain yang putih ". ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

........................................

Wallahhu Ta'la A'lam...

.............................................

” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

.............................................

minitramways.blogsopt.com

Mohammedia, Morocco.

03 December 2009 ( 03.50 PM )

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More